Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Ini Sebabnya Syamel & Ernie Tak Dapat Tahan Sebak Nyanyi Lagu Michael Bolton

by Zaidin Albert
April 5, 2021
Share on Facebook

Setiap orang pasti melalui kenangan-kenangan yang tak dilupakan ketika pandemik Covid-19. Lagi-lagi semasa negara kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sejak tahun lalu, ramai yang berdepan dengan saat-saat sukar.

Begitu lah yang dirasakan oleh pasangan selebriti yang baru berkahwin, Syamel dan Ernie Zakri ketika majlis resepsi perkahwinan mereka yang berlangsung pada hari Sabtu yang lalu di Bayswater, KLCC.

Semasa majlis berlangsung, Syamel diberi kesempatan menyanyikan sebuah lagi Inggeris berjudul  How Am I Supposed To Live Without You nyanyian asal Michael Bolton kepada isteri tercinta.

Tanpa diduga, Syamel tidak menahan sebak sehingga mengalirkan air mata, sehinggakan Ernie turut menangis bersama. Lihat video di bawah yang dimuatnaik oleh saluran Youtube F8Buzz.

YouTube video

Rata-rata peminat tertanya-tanya apakah cerita disebalik lagu itu sehinggakan pasangan ini menangis bersama. Seperti yang dilaporkan oleh BH Online, lagu itu sangat terkesan dalam hidup mereka bersama.

“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun lalu, kami berada dalam situasi getir. Bukan sahaja tidak dapat berjumpa, tetapi situasi ini turut membuatkan pendapatan kami terjejas apabila tiada undangan persembahan. Memang sangat ‘struggle’ pada masa itu,” katanya kepada BH Online.

Sebenarnya, beberapa kali juga, Ernie mengalirkan airmata ketika majlis berlangsung. Terdahulu, Ernie sebak setelah diberi kejutan dari bapa saudaranya, Anuar Zain menyanyikan lagu Sesuci Cintamu.

Antara selebriti lain yang hadir di majlis tersebut termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, Ziana Zain, Anuar Zain, Hael Hussaini, Noryn Aziz, Awal Ashaari, Scha Alyahya, Nabila Razali, Nadia Brian, Ain Edruce dan ramai lagi.

https://lomp.at/ytq37
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Sharifah Sakinah Rangkul Pinggang Aidil Aiziz, Cetus Kritikan Netizen!-“Suami Orang Dipeluk Macam Tu..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Nama pelakon Sharifah Sakinah mencetuskan kritikan netizen selepas dilihat merangkul pinggang suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

Anak Ahmad Nawab Kecewa Dengan Uji Rashid, – “Kami Yang Tahu Cerita Dari Mula…”

by Phic ARMAN
January 21, 2026

Baru-baru ini, sebuah podcast tular di YouTube, Legacy Podcast, menjadi perhatian ramai selepas Uji Rashid berkongsi pengalamannya bekerja dengan beberapa...

Read moreDetails
Lokal

Sasha Aziz Terima Teguran Ustazah Perjelas Hukum Jalani Rawatan Ketatkan Alat Sulit-“Saya Belajar Benda Baru..”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz sebelum ini menjadi kecaman netizen di media sosial selepas membuat perkongsian mengenai...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara