Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

[VIDEO] Kim Kardashian Akhirnya Dedah Sebab Perceraian Dari Kanye West- “Saya Nak Selamatkan…”

by Nurul A.
November 3, 2025
Foto - @kimkardashian (IG)

Foto - @kimkardashian (IG)

10
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas tiga tahun, bintang realiti dan usahawan Kim Kardashian akhirnya membuka mulut, mendedahkan mengapa dia memilih untuk bercerai dengan bekas suaminya, Kanye West.

Untuk pengetahuan semua, Kim dan Kanye telah berkahwin selepas tujuh tahun, sebelum bintang realiti itu memutuskan untuk berpisah pada tahun 2021 dan bercerai secara rasmi pada November 2022.

Menerusi temu bualnya di podcast ‘Call Her Daddy’, Kim mengakui bahawa perkahwinannya dengan Kanye telah mencapai tahap tidak sihat.

View this post on Instagram

A post shared by Kim Kardashian (@kimkardashian)

“Orang luar mungkin mengatakan terdapat tanda-tanda tetapi saya mungkin tak sedar tentangnya. Apabila seseorang mengalami masalah kesihatan mental buat kali pertama, anda mahu memberikan sokongan sepenuhnya, membantu mereka mencari penyelesaian dan berada di sana untuk mereka.”

YouTube video

Namun di sebalik usahanya untuk setia dan sentiasa berada di sisi Kanye, Kim menyedari bahawa bekas suaminya itu tiada usaha untuk berubah menjadi versi lebih baik. Ini adalah sesuatu yang Kim rasakan penting untuk perhubungan itu bertahan.

“Sukar untuk kekal dalam hubungan yang terasa sangat toksik. Apabila anda mempunyai anak, meninggalkan hubungan seperti itu menjadi lebih sukar. Tetapi apabila kesihatan mental saya mula terjejas, saya tidak boleh menjadi seorang ibu sepenuhnya. Saya terpaksa menyelamatkan diri supaya saya boleh menjadi ibu yang lebih baik untuk anak-anak saya.”

View this post on Instagram

A post shared by Kim Kardashian (@kimkardashian)

Pengasas jenama pakaian SKIMS itu juga berkongsi bagaimana dia mula hilang rasa selamat dalam perkahwinannya, terutamanya disebabkan oleh tingkah laku Kanye yang semakin tidak menentu. Bukan itu sahaja, Kim turut mendedahkan bagaimana keluarganya sering diserang oleh umum kerana tingkah laku Kanye.

“Ketidakamanan bukan hanya fizikal, tetapi juga emosi dan kewangan. Hubungan yang bertahan lebih sedekad dan melahirkan anak yang hebat bukanlah satu kegagalan.”

View this post on Instagram

A post shared by Kim Kardashian (@kimkardashian)

Sekadar info, Kim Kardashian dan Kanye West telah berkahwin pada tahun 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Tatum, True, Dream dan Chicago.

Jisoo Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Dunia 2025, Terkejut Tengok Siapa Yang Bersaing
Kanye Westkim kardashianskims
https://lomp.at/h6fnv
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Ammar Alfian Tegur Wanita-wanita Yang Berangan Mahu Lelaki ‘Provider’- “Munafik Tahap Maksima!”

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Baru-baru ini, pelakon tempatan Ammar Alfian tidak menahan diri untuk berkongsi pendapatnya tentang isu hubungan cinta dan tingkah laku sesetengah...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara