Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

[VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

by Arsiqin Yusof
June 18, 2025
51
KONGSIAN
Share on Facebook

Tindakan pendakwah bebas, PU Syed menegur secara terbuka sebuah lagu nyanyian penyanyi muda tempatan telah mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial. Menerusi satu hantaran di Instagram, PU Syed menyelar video muzik tersebut yang dianggap terlalu menjolok mata dan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Dalam video berkenaan, kelihatan beberapa wanita berpakaian menjolok mata dan ada juga pelakon seakan gaya separuh bogel, ditambah pula dengan suasana seperti berada dalam kelab malam. Gaya persembahan yang terlalu sensual itu nyata mengundang teguran keras daripada PU Syed yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk hiburan yang “melalaikan dan mendorong kepada maksiat”.

“Nak gambarkan isu semasa tak perlu kita menonjolkan segena sisi tak senonoh tu dalam lakonan” tulis PU Syed di Instagram

Teguran Dari Netizen Pula Buat Ustaz

Teguran tersebut menerima sokongan ramai yang bersetuju bahawa kandungan lagu berkenaan tidak sesuai ditayangkan secara terbuka, apatah lagi kepada penonton remaja. Namun, ada juga yang mengkritik cara PU Syed menyampaikan teguran itu secara terbuka, sehingga secara tidak langsung menjadikan lagu yang sebelum ini tidak dikenali kini viral dan mendapat lebih banyak tontonan.

“Sebelum ni tak pernah dengar pun lagu ni. Lepas ustaz post, terus naik view. Jadi marketing pulak.”

“Kalau dah tahu lucah, kenapa post kat Instagram siap bagi contoh video? Macam tarik orang tengok je.”

“Ustaz tegur gini makin naik viewers dorang”

“Dulu tak famous pun penyanyi ni pun suam-suam kuku je, bila tegur gini rama lah yang cari”

“Rakyat Malaysia ni benda gini memang suka tengok, ustaz tak payah ketengahkan isu gini. Makin galakkan viewers je”

“Yang suam-suam kuku ni ustaz nampak pula, yang Dolla level international tu pejam mata je ek?”

Walaupun niat asal PU Syed adalah untuk membetulkan, namun wujud persoalan sama ada pendekatan terbuka itu berkesan atau hanya memberi promosi percuma kepada karya yang tidak patut disebarkan.

Topik Berkaitan PU Syed Kesal Babak Dalam Drama Penunggang Agama-"Cukup-Cukuplah Mencemarkan Watak Berjubah & Berserban..."

Tindakan PU Syed menegur lagu berunsur lucah ini membuka perdebatan baru dalam kalangan netizen. Antara niat memperbetul dan kesan terhadap populariti lagu itu, wujud garis yang kabur. Apa yang pasti, kandungan yang bersifat mengghairahkan, separuh bogel dan bertemakan gaya kelab malam tidak wajar diangkat sebagai hiburan arus perdana. Teguran tetap penting – namun perlu disampaikan dengan bijaksana agar tidak menjadi bahan promosi kepada maksiat yang ingin dielakkan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bbnukecamPU Syedtegur
Share20Tweet13SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara