Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’

by Naddy Joe
December 19, 2025
Screenshot

Screenshot

14
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi rap tri-bahasa tempatan, Malik Choo tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Move On’. Lagu ini merupakan sebuah karya rap pop dengan sentuhan R&B yang menandakan peralihan identiti dan evolusi kreatif Malik sebagai artis serba boleh yang semakin mendapat perhatian dalam arus muzik kontemporari Malaysia.

Dicipta dan diterbitkan oleh Mas Dewangga, Jova Devito dan Kidd Santhe, serta ditulis oleh Altimet a.k.a Mambang, “Move On” hadir sebagai sebuah single moden yang menggabungkan kejujuran emosi, produksi yang mantap, serta mesej motivasi yang mengajak pendengar untuk melangkah ke depan.

‘Move On’ merupakan single ketiga Malik bersama SVLTAN Management selepas single “Suka Kamu” dan “Apa Saja”, menampilkan sisinya yang lebih matang, dengan pendekatan berani dan reflektif.

View this post on Instagram

Erti ‘Move On’

Lagu ini merupakan manifesto muzikal Malik untuk menghadapi kehidupan dengan keberanian. Lagu ini menekankan pentingnya melepaskan perkara yang membebankan, membangkitkan tenaga positif dan menggalakkan pendengar untuk melangkah ke depan dengan penuh keyakinan.

“‘Move On’ lahir pada satu fasa dalam hidup saya ketika saya belajar melepaskan perkara yang tidak lagi memberi nilai.

Ada sedikit sentuhan peribadi, tetapi pada dasarnya ia mewakili perasaan yang mungkin semua orang pernah rasa, disaat kita melepaskan sesuatu dan mula hidup dengan hati yang lebih ringan,” jelas Malik

Malik berharap lagu “Move On” dapat menjadi teman dan motivasi bagi mereka yang sedang menghadapi perubahan hidup.

“Selepas ini, saya merancang untuk mengeluarkan lebih banyak muzik, fokus kepada persembahan secara langsung, dan terus membina dunia muzik saya, langkah demi langkah, merendah diri tetapi penuh keyakinan,”-kata Malik

Single ‘Move On’ sudah boleh mula didengari di semua platform penstriman utama seperti Spotify, Apple Music, dan Youtube Music. Manakala MV ‘Move On’ boleh ditonton secara eksklusif di saluran rasmi YouTube VEVO @MalikChoo.

YouTube video
Malik Choo Tampil Dengan Lagu Solo Pertama ‘Suka Kamu’ – Sarat Dengan Cinta & Jiwa Malaysia
Malik Choo
https://lomp.at/mn003
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ayda Jebat Lalui Prosedur Jahitan Semula Untuk Terbang Ke Singapura, Rakan Selebriti & Peminat Bimbang!

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pengacara, Nabil Mahir berkongsi keadaan isterinya yang merupakan penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang bakal menjalani prosedur jahitan semula mengalami...

Read moreDetails
Foto - @faizalhusseinofficial (IG)
Lokal

Penangan “Walid”, Ramai Wanita DM Tawar Diri Jadi ‘Isteri’ Faizal Hussein

by Nurul A.
February 6, 2026

Nampaknya penangan watak "Walid" membuatkan pelakon veteran Faizal Hussein terus menjadi rebutan para wanita sehingga ada yang menghantar mesej peribadi,...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

Eyka Farhana Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Segannya Tengok Pakaian..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Umum mengetahui pelakon, Eyka Farhana baru sahaja mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama setelah hampir dua tahun mendirikan...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara