Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

[VIDEO] Menangis Tak ‘Real’? Caprice Nasihati Aliff Syukri Ambil Kelas Lakonan

by Phic ARMAN
January 23, 2020
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Tanpa di duga, kisah hidup terkini Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish dan ibunya yang telah membuatkan rakyat Malaysia bersedih disusuli dengan cerita-cerita yang kurang enak dari kalangan netizen mahupun selebriti.

Sekaligus ia membawa kesan negatif terhadap Aqish sehingga memaksa dia menutup akaun Instagram gara-gara terlalu banyak kata-kata fitnah dan caci di ruangan komen.

Jadi, salah siapa? Keyboard Warrior?

Video Temubual Aliff Syukri Bersama Aqish Dan Ibunya Trending

Kisah Aqish dan ibunya ini turut mendapat perhatian usahawan dan youtuber terkenal, Dato’ Sri Aliff Syukri menjemput mereka berdua mahligai mewahnya untuk menyelami isi hati pasangan ini, sekaligus Aliff berbesar hati untuk menghulurkan bantuan.

Video pertemuan dan temubual eksklusif Aliff bersama Aqish dan ibunya ini telah dimuatnaik ke saluran Youtube TV Terlajak Laris dan mendapat tontonan sehingga 720 ribu dan pernah trending selepas ditayangkan.

Hattan & Caprice Komen Perilaku Aliff Syukri

Namun ada segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan cara Aliff menggunakan kisah anak beranak ini demi mengejar jumlah tontonan di Youtube. Hal ini turut diluahkan oleh penyanyi rock legenda seperti yang dilaporkan menerusi Mstar.

Hattan menyelar tindakan para Youtuber terkemuka yang menggunakan kisah keperitan hidup Balqis demi mengaut keuntungan sahaja serta meraih perhatian sehingga ia menjejaskan kehidupan pelakon cilik itu.

Hal yang sama turut diluahkan oleh penyanyi rap, Caprice yang mempersoalkan mengenai niat seseorang itu jika mahu bersedekah.

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

“Kalau betul-betul nak sedekah, do it with your heart and jangan soal. Kalau tak nak sedekah, tak payah bagi tapi tak payah soal jugak”- katanya di dalam video yang di muat naik di Instagram.

Aliff Syukri Luah Rasa Kecewa

Dalam pada itu, Aliff telah mengeluarkan sebuah video lagi berkaitan dengan kecaman dari pelbagai pihak tentang niat murninya untuk membantu Aqish dan ibunya.

https://www.instagram.com/p/B7m1WpqJyvA/

Dalam video yang dimuatnaik di Instagram dan Youtube ini, Aliff meluahkan kesedihan dan kekecewaan terhadap kecaman-kecaman yang diterima sehingga mengalirkan air mata.

Lakonan Menangis Tak Menjadi, Caprice Nasihati Aliff Syukri

Namun, di ruangan komen ada yang menganggap perilaku Aliff ini sebagai sebuah lakonan  dan aksi menangis tak menjadi.

Hal yang sama di suarakan oleh Caprice malah menasihati Aliff supaya mengambil kelas lakonan selepas ini.

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

“Someone please call Fatimah Abu Bakar @fatimahabukar and give this man some classes macam mane nak nangis kasi nampak real skit.”

Apa-apa pun, kami berharap kisah Aqish dan ibunya ini tidak menimbulkan spekulasi-spekulasi liar sehingga boleh mendatangkan fitnah. Kita doa-doakan yang baik-baik, dan netizen perlu menjaga kata-kata supaya tidak menjejaskan kehidupan mereka berdua.

https://lomp.at/8ws94
Share12Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - Daily Mail UK
Asia

[VIDEO] Wajah Asli Terbongkar, Influencer Kecantikan China Hilang 140 Ribu Pengikut

by Nurul A.
February 22, 2026

Seorang influencer (pempengaruh) kecantikan yang berasal dari China didakwa kehilangan ratusan ribu pengikut media sosial selepas wajah sebenarnya terbongkar secara...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Sheikh Muszaphar Terharu Lihat Ibu Masih Bertenaga Ketika Saie-“Siap Lari Anak Lagi..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor meluahkan rasa kagum dengan ibunya yang masih bertenaga biarpun sudah berusia 81 tahun...

Read moreDetails
Foto - @nabilzira (IG)
Lokal

Dakwa Ada Pihak Iri Hati, Nabil Ahmad Tegas Hubungan Baik Dengan Fazura

by Nurul A.
February 26, 2026

Pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad menjadi perhatian ramai selepas muncul beberapa dakwaan bahawa hubungannya dengan aktres Nur Fazura...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
Spotlight

Anak Lelaki Amy Search Curi Perhatian, Tinggi & Kacak. Isteri Tertanya- “Entah Makan Apa Masa Pregnant”

by Phic ARMAN
March 5, 2026

Nama Amy Search memang tak perlu diperkenalkan lagi. Vokalis legenda kumpulan Search ini bukan saja dikenali dengan aura rock yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara