Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

[VIDEO] “Nama Dah Bersih, Kenapa Tak Beri Peruntukan?” – Netizen Bangga Perjuangan Syed Saddiq Bantu Rakyat

by Arsiqin Yusof
July 17, 2025
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkongsi semula sebuah video di Instagram @amir_fiqri. Di dalam video tersebut menjelaskan secara terperinci mengenai perbelanjaan pejabat parlimen Muar baru-baru ini.

View this post on Instagram

A post shared by Amir Fiqri (@amir_fiqri)

Walaupun beliau telah diisytiharkan bebas dari semua pertuduhan oleh Mahkamah Rayuan pada 25 Jun 2025, ramai tertanya-tanya mengapa kawasan beliau masih belum menerima dana rasmi daripada kerajaan pusat.

Apa Yang Berlaku?

Syed Saddiq pernah berkongsi, beliau telah mengadakan rundingan sebanyak lima kali serta menghantar berulang kali surat rasmi kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, namun hingga kini tiada sebarang peruntukan disalurkan ke Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar, walaupun telah lebih 400 hari berlalu.

Sebagai langkah alternatif, beliau mengambil pendekatan kreatif dengan menjadi model untuk beberapa jenama fesyen. Melalui usaha ini, beliau berjaya menghimpun sumbangan melebihi RM1 juta untuk membantu rakyat Muar.

Lebih menyentuh hati, beliau turut membantu ahli pasukannya, Abang Shah yang mengalami kerosakan kereta turut dibantu. Ini  seolah menggambarkan nilai solidariti dan komitmen kepada pasukan dan rakyatnya.

Pujian Demi Pujian

Video serta laporan ini disertai dengan ruangan komen yang membanjiri dengan sokongan. Netizen memuji Syed Saddiq kerana sanggup menggunakan hasil usaha sendiri sebagai duta jenama dan kerjaya model demi bantuan rakyat tanpa mengambil sebarang bayaran untuk dirinya.

Ramai yang mengangkat keikhlasan beliau dalam memastikan hasil itu diberikan terus kepada rakyat Muar tanpa meminta duit sumbangan daripada golongan yang memerlukan.

Terdapat juga kritikan kepada kerajaan pusat yang masih belum menyalurkan dana, meskipun Syed Saddiq telah “bersih namanya” melalui keputusan mahkamah baru-baru ini (Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskannya daripada empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, penyelewengan dan pengubahan wang haram). Ia meningkatkan persoalan ramai, “Apa lagi syarat yang perlu dipenuhi sebelum peruntukan diberikan?”

Kenapa Soalan Itu Relevan?

Keadaan ini bukan sekadar soal dana, tetapi satu simbol ketidaksamarataan dalam pengagihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang atau golongan yang tidak memihak kepada kerajaan. Seperti yang dibangkitkan oleh beberapa laporan, walaupun konsep rundingan masih terbuka, keputusannya sehingga kini belum menyebelahi Muar.

Ini turut mengundang kritikan warga maya yang membandingkan kenyataan kerajaan bahawa ahli Parlimen kerajaan sepenggal menerima peruntukan sekitar RM4 juta, sedangkan Syed Saddiq masih mendapati jumlah itu sifar untuk kawasannya. Kenyataan ini pernah dimuat naik oleh Syed Saddiq sendiri di akaun Instagram.

Perlu Dijadikan Inspirasi!

Walaupun pernah disabitkan kesalahan dan kemudian dibebaskan, beliau tetap berdiri teguh sebagai wakil rakyat tanpa mencari jalan pintas. Ini membuktikan keteguhan integriti politik membara di dalam diri Syed Saddiq. Malah, setiap sumbangan didedahkan penggunaan dan destinasi bantuannya secara terperinci.

Perkongsian Syed Saddiq bukan sekadar menuntut keadilan peruntukan. Ia adalah satu deklarasi bahawa khidmat rakyat perlu berdasarkan kejujuran, keikhlasan, dan semangat kebersamaan. Dalam suasana politik yang sering tercemar oleh kepentingan sendiri, figurnya menjadi contoh bahawa seorang wakil rakyat boleh berkhidmat dengan penuh dedikasi tanpa mengharapkan balasan politik  walaupun sistem masih meminggirkan mereka.

Bella Astillah Sanggup Habis RM500 Demi Lee Min Ho, Syed Saddiq Sindir ‘Tatapan 5 Saat’
bantumuarperuntukanrakyatsyed saddiq
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem