Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Malaysia

[VIDEO] “Nenek Cakap Aura Dia…” – Pelancong Asing Terpegun Lihat KLCC

by Arsiqin Yusof
July 8, 2025
Share on Facebook

KLCC atau Kuala Lumpur City Centre (KLCC) merupakan kawasan pembangunan ikonik yang menjadi simbol kemodenan dan kemajuan ibu negara Malaysia. Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, bangunan ini menempatkan pelbagai tarikan utama dan pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia. Gabungan elemen perniagaan, hiburan dan rekreasi menjadikan KLCC sebagai destinasi wajib dikunjungi oleh pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

Baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @inamma99 telah mencuri perhatian ramai apabila memaparkan reaksi neneknya yang begitu kagum melihat Menara Berkembar Petronas (KLCC) buat pertama kali. Reaksi spontan dan penuh keterujaan wanita tersebut menarik pelbagai komen positif daripada warga maya yang turut berbangga dengan keindahan ikon negara itu.

@inamma99

Grandma said Infinite aura 💀 #petronastwintower #kualalumpur #singapore #nightlife #grandma

♬ Originalton – Inamma

Dalam video berdurasi pendek itu, pelancong tersebut dilihat berdiri terpaku memandang KLCC dengan wajah terpegun, beliau menyatakan betapa ‘aura’ bangunan tersebut sangat kuat, seolah-olah ada daya tarikan luar biasa yang sukar digambarkan.

Kapsyen yang disertakan oleh pemilik video pula menambahkan lagi elemen emosi dan kebanggaan dalam perkongsian itu. Reaksi yang dipamerkan jelas menunjukkan bangunan pencakar langit Malaysia itu berjaya menarik perhatian pelancong.

“Grandma said infinite aura”

Ramai Yang Bangga!

Reaksi netizen turut mencerminkan perasaan yang sama. Ramai yang bersetuju bahawa KLCC sememangnya mempunyai daya tarikan tersendiri bukan sahaja dari segi seni bina yang moden dan megah, malah juga sebagai simbol kemajuan negara yang sering menjadi tumpuan pelancong luar.

“Saya pun setiap kali lalu depan KLCC, mesti akan rasa kagum walaupun dah tengok banyak kali”

“Bangga jadi rakyat Malaysia bila orang luar pun boleh rasa ‘vibes’ KLCC”

“Bangunan tak lapuk dek zaman”

“Orang luar tau Malaysia ada KLCC”

“Dia tak tengok lagi Merdeka118”

“Boleh kalah negara luar kan”

KLCC bukan sekadar mercu tanda kebanggaan Malaysia, tetapi juga lambang perpaduan, kemajuan dan pencapaian yang membuktikan negara ini mampu berdiri seiring dengan negara-negara maju lain di dunia.

Malaysia Kekal Menjadi Destinasi Asia Paling Popular dalam Carian Pelancong Eropah
BanggaklccMalaysia
https://lomp.at/vm6wk
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

BDR Mula 15 April Tapi Tak Semua Sama! Ini Jadual Ikut Negeri & Syarat Ramai Masih Keliru

by Ayu Kamaruddin
April 7, 2026

Dalam suasana kos sara hidup yang makin mencabar dan tekanan ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan tampil dengan satu langkah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara