Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Automotif

[VIDEO] Nintendo Switch Dalam Kereta? Omoda 3 Bawa Pengalaman Gaming Ke Dalam Dunia Automotif

Omoda 3 kenderaan pertama yang menawarkan ciri gaming bersepadu

by Phic ARMAN
April 28, 2025
Share on Facebook

Chery secara rasmi telah memperkenalkan Omoda 3, model crossover terbaru mereka yang tampil dengan satu ciri unik yang cukup mencuri perhatian — integrasi Nintendo Switch terus ke dalam rekaan dalaman kenderaan.

Omoda 3 hadir dengan ruang dok khas di bawah konsol tengah yang membolehkan pengguna menyimpan Nintendo Switch dengan selamat. Dock ini lengkap dengan sambungan USB-C untuk pengecasan dan soket 3-pin standard, membolehkan konsol dicas dan digunakan dengan mudah di dalam kereta. Ini menjadikan Omoda 3 sebagai antara kenderaan pertama yang menawarkan ciri gaming bersepadu, memenuhi gaya hidup moden generasi muda hari ini.

Selain itu, Omoda 3 menampilkan konsep dalaman ‘Starship Cockpit’ yang futuristik — dengan pencahayaan ambien yang mengelilingi bahagian pintu dan papan pemuka, paparan digital penuh untuk kluster meter, dan skrin sesentuh besar untuk sistem infotainment terkini.
Tempat duduk ‘Starship Commander Seat’ pula direka untuk memberi keselesaan maksimum, menjadikan pengalaman dalam kabin terasa lebih premium dan moden.

Apa yang lebih menarik, kami di Murai.my berpeluang melihat sendiri Omoda 3 ini dari dekat menerusi jemputan eksklusif oleh Jaecoo Malaysia.
Melihat dengan mata sendiri, Omoda 3 memang nampak mengancam — reka bentuk luaran yang agresif dengan garis-garis tajam menyerlahkan karakter sporty crossover ini. Saiznya pula berada dalam kategori sederhana, lebih kurang seakan-akan saiz Proton X50, menjadikannya cukup sesuai untuk kegunaan harian di bandar mahupun perjalanan jauh.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jaecoo Malaysia kerana memilih Murai.my untuk menyaksikan pelancaran ini secara eksklusif.

Buat masa ini, Omoda 3 dijangka memasuki pasaran global bermula Oktober tahun ini, bermula dengan pasaran luar China. Namun begitu, maklumat lanjut berkaitan pilihan enjin dan spesifikasi penuh masih belum didedahkan.

Dengan ciri unik seperti integrasi Nintendo Switch dan rekaan yang sporty, adakah anda berharap Omoda 3 akan turut memasuki pasaran Malaysia? Kongsikan pandangan anda bersama kami.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
cheryJAECOO Malaysiaomada 3
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  3. 3

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  4. 4

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  5. 5

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara