Aktor, Norman Hakim tampil memohon maaf kepada puteri bongsunya, Maria Danisha yang sebelum ini memuatnaik luahan hati yang memberikan bayangan seolah-olah mendakwa dia dipinggirkan walaupun telah berusaha dalam diam.
Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia melihat segala usaha dan kekuatan Maria untuk memberikan yang terbaik untuk SPM 2025.
“Wahai sayangku sayang Maria Danisha. Papa benar-benar minta maaf jika papa pernah membuatkan awak rasa tidak kelihatan. Tetapi ketahuilah, papa melihat awak. Papa melihat usaha, kekuatan, dan kesabaran awak memberikan yang terbaik untuk SPM 2025.
Papa hanya dapat membayangkan momen yang mendebarkan itu, duduk bersama awak di hadapan monitor, menunggu keputusan SPM 2025 awak keluar. Semua emosi, semua doa, semua usaha, bertemu dalam satu momen itu.”-kongsi Norman Hakim di Instagram
Turut menghadiahkan sebuah gajet tablet sebagai tanda penghargaan di atas pencapaian anak perempuannya itu, Norman turut menitipkan ucapan tahniah buat Maria yang berjaya mendapat 8A dalam SPM 2025.
“Papa nak ucapkan tahniah atas keputusan SPM 2025 yang menakjubkan! Setiap usaha keras kamu, walaupun perjuangan senyap yang tidak disedari oleh sesiapa, benar-benar membuahkan hasil.
Awak berhak mendapat momen ini lebih daripada yang kamu sangka.”-tambah Norman lagi
“Ni Baru Betul Ucapan, Bukan Alasan..”
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Norman yang memahami perasaan anak, malah ramai yang mendoakan agar Maria terus membesar menjadi anak yang baik dan sentiasa berbakti kepada ibu bapa.
“Ni baru betul ucapan, bukan alasa. Tahniah Danisha.”
“Ha macam ni la yang dia nak. Yang semua anak nak. No matter how dia cakap dia okay je tapi sebenarnya dia tak okay. Kerja boleh tangguh sekejap demi anak. Sehari je. Bagi dia rasa special. Bukan dia tak faham parents dia kena kerja. Tapi hati kecil dia pun minta difahami.”
“Congrats baby, anak yang membanggakan mama dan papanya dengan kerendahan hati dan jiwa yang sederhana tapi mampu mencapai kejayaan yang terbaik untuk diri sendiri.”
“Ni baru betul. Bukannya menidakkan perasaan anak dan anggap anak sentiasa okay.”
Sekadar info, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun berpisah pada 2009. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania, dan Maria Danisha Hakim.






