Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[VIDEO] Paduan ‘Fesyen & Fungsi’, Huawei Watch GT 4 Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1,099

by Phic ARMAN
October 6, 2023
Share on Facebook

Huawei secara rasmi mengeluarkan jam tangan pintar Watch GT 4 di Malaysia. Majlis pelancaran diadakan di The Exchange 106  di tingkat atas salah satu bangunan pencakar langit tertinggi di Malaysia.

Menjelmakan intipati  “Fashion Forward”, generasi baharu siri perdana WATCH GT mewakili satu peristiwa penting dalam perjalanan Huawei untuk menyatukan teknologi dan ekspresi fesyen. Acara yang berlangsung turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti popular Malaysia antaranya, pengacara Awal Ashaari, aktres jelita Zahirah Mcwilson dan ramai lagi.

Ketika majlis pelancaran, Awal di beri kesempatan berkongsi pengalamannya selama menggunakan jam tangan pintar Watch GT 4 ini.

Didatangkan dalam dua saiz, berikut adalah spesifikasi dan harga Huawei Watch GT 4 di Malaysia.

Huawei Watch GT 4 didatangkan dalam varian saiz 41 mm dan 46 mm. Duo jam tangan pintar ini bukan sahaja membawa ciri-ciri canggih, ia juga mempunyai reka bentuk yang elegan dan premium.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Huawei telah melengkapkan jam tangan pintar ini dengan panel AMOLED lengkap dengan ciri paparan Always on Display (AoD). Varian 41 mm mempunyai skrin berukuran 1.32 inci, manakala varian 46 mm berukuran 1.43 inci.

Pengguna boleh menyesuaikan Watch GT 4 dengan 25,000 watch face yang disediakan oleh Huawei. Untuk kawalan tambahan, Huawei menyediakan crown dan butang di sebelah kanan.

Huawei Watch GT 4 dilengkapi dengan beberapa ciri kesihatan dan sukan. Jam tangan pintar ini boleh memeriksa irama jantung dan paras oksigen darah dengan lebih tepat berbanding pendahulunya berkat algoritma TruSeen 5.5+.

Untuk memantau kualiti tidur, Huawei telah melengkapkan Watch GT 4 dengan ciri TruSleep 3.0. Watch GT 4 juga merupakan jam tangan pintar pertama Huawei yang menyokong ciri Sleep Breathing Awareness yang boleh mengesan pernafasan semasa tidur.

Pengguna yang suka bersenam akan diberikan dengan lebih 100 mod sukan dan lebih 200 kursus kecergasan yang disediakan oleh Watch GT 4. Huawei turut mempersembahkan Activity Rings baharu yang boleh memantau jumlah kalori yang dibakar, tempoh senaman dan rekod aktiviti pengguna.

Bagi yang berminat kedua-duanya boleh didapati di Malaysia dengan harga bermula RM1,099, RM1,199 dan RM1,699 bergantung kepada jenis material tubuh dan tali. Sesi pratempahan telah dibuka sehingga 13 Oktober 2023 dengan hadiah percuma bernilai hingga RM580 diberi bersama.

HUAWEI nova 14 Pro: Telefon Khas Untuk Kaki Bergambar & Vlogging
huawei
https://lomp.at/04ir2
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

ShopeePay Money+ Baru Dilancarkan: 5 Perkara Penting Sebelum Anda Mahu Melabur

by Phic ARMAN
January 27, 2026

ShopeePay baru saja melancarkan Money+, ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan serendah RM10 sambil menikmati pulangan harian....

Read moreDetails
Korporat

Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

by Phic ARMAN
January 25, 2026

MURAI baru sahaja menerima satu berita yang cukup menggembirakan buat geng pengguna tegar ShopeePay. Platform dompet digital itu kini meningkatkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara