Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[VIDEO] Patut Ke Amir Ahnaf Pegang Watak Thanos Dalam Squid Game?

Memang kena dengan watak, garang, kelakar, tapi penuh gaya!

by Phic ARMAN
June 23, 2025
Share on Facebook

Bila sebut Squid Game, mesti ramai terus terbayang permainan yang tegang, watak-watak pelik tapi menarik, dan kisah yang buat kita fikir semula pasal dunia sebenar. Antara watak yang paling diingati mestilah Choi Su-bong atau lebih dikenali sebagai Thanos.

Tapi pernah tak anda bayangkan kalau Thanos tu orang Malaysia? Haa… Netflix Malaysia memang tak main-main kali ni. Dalam video promosi terbaru untuk musim ketiga Squid Game, mereka bawakan watak Thanos versi tempatan yang dilakonkan oleh pelakon berbakat besar, Amir Ahnaf.

Dengan gaya selamba, rupa yang tak makan dek kamera, dan aura ‘abang long kawasan’, Amir berjaya hidupkan watak Thanos dengan cara yang lebih dekat dengan penonton Malaysia. Memang kena dengan watak, garang, kelakar, tapi penuh gaya!

View this post on Instagram

A post shared by Netflix Malaysia (@netflixmy)

Video parodi ni pula bawa kita semula ke babak-babak paling ikonik dalam siri Squid Game  daripada Red Light Green Light, permainan Round and Round, sampailah ke kemunculan ‘garpu’ yang masih jadi bualan ramai (#iykyk). Lagi best, ada juga penampilan Melissa Tan, Shaqur, Aravinn Vharmaan, Aush, dan Allen sebagai pemain dan pengawal merah jambu versi Malaysia.

Kalau anda nak tengok sendiri macam mana gaya ‘Thanos Malaysia’ ni, bolehlah tonton video penuh di Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube Netflix Malaysia.

Dan untuk anda yang nak rasa pengalaman Squid Game yang betul-betul ‘real’, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke acara immersive khas anjuran Netflix Malaysia dari 27 hingga 29 Jun 2025, bertempat di LaLaport Bukit Bintang City Centre. Confirm rasa macam masuk terus dalam dunia Squid Game!

Jangan lupa, Squid Game Musim 3 akan mula distrim pada 27 Jun ini, eksklusif di Netflix. Siap sedia untuk permainan baru…

Alya Iman Akui Rapat Dengan Amir Ahnaf-"Kami Dah Lama Kenal"
Amir AhnafAravinn VharmaanAushChoi Su-bongMelissa TanShaqurSquid Game
https://lomp.at/597xu
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara