Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

[VIDEO] Peminat Bimbang Lihat Telinga Berdarah, Ini Penjelasan BLACKPINK Lisa

by Soph Azz
July 4, 2025
Foto - @lalalalisa_m (IG)

Foto - @lalalalisa_m (IG)

Share on Facebook

Ahli kumpulan BLACKPINK, Lalisa Manobal atau lebih mesra disapa LISA, telah mencetuskan kebimbangan di kalangan peminat mengenai masalah kesihatannya.

Pada tiga hari lepas, LISA telah menyiarkan beberapa siri foto dan video, daripada perjalanannya ke Jepun di akaun peribadi Instagramnya. Daripada berpakaian t-shirt reben hitam ringkas dan skirt midi, LISA melengkapkan gayanya dengan cermin mata tanpa bingkai dan beg bahu denim, memberikan suasana vintaj yang sangat lembut.

View this post on Instagram

A post shared by LISA (@lalalalisa_m)

Walaupun peminat teruja melihat perkongsiannya itu, tetapi ada sebuah klip video pendek yang menunjukkan telinganya telah mencetuskan kerisauan. Tanpa sebarang kapsyen atau penjelasan, video tersebut menunjukkan lelehan darah yang keluar dari dalam telinganya.

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/XXSnapInsta.to_AQMXBd3dnDhvqVSRTxycVscKw4SDtugCYOPYArKYF5pa1LHEKCNb37Lm98MiPIHnCyMoj7O1voZdnezBERzvwwsf6DRSB8cgOOajH9c_blurred.mp4

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan kerisauan mereka dan mendoakan agar dia kembali sihat.

“OMG, apa yang dah jadi dengan telinga dia?!?!”, komen @iuwcj.

“Sangat cantik, tetapi kenapa dengan telinga awak?”, komen @disales_gio_.

“Wow OMG Lisa yang cantik, kenapa telinga awak berdarah?”, komen @alex_babaei_.

“Adakah telinga awak okay?”, komen @serineeeee.__.

“Jaga diri dan cepat sembuh”, komen @vehasamut.

LISA yang baru-baru ini mengadakan siaran langsung memasak di platform Bubble, cuba menjawab dan menenangkan peminatnya yang risau akan keadaan kesihatannya.

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/mv38tSCCX8Y68DND.mp4

Membaca komen peminat mengenai keadaan telinganya, LISA tidak menjelaskan secara terperinci apa yang berlaku tetapi hanya meninggalkan peminat dengan satu petunjuk tentang apa yang berlaku.

“Oh, telinga saya. Ya, ia hanya satu kemalangan. Ia sangat menyakitkan. Saya pergi berjumpa dengan doktor dan semuanya baik-baik saja sekarang. Jadi jangan risau.”

Melihatkan lelehan darah keluar dari dalam telinganya, LISA mengesahkan bahawa ia memang menyakitkan dan dia telah mendapatkan rawatan segera.

[FOTO] Pakaian Met Gala LISA Dikritik, Ada Unsur Menghina Tokoh Kulit Hitam

Sekadar info, BLACKPINK dijadualkan akan mengadakan konsert Jelajah Dunia “DEADLINE” mereka, bermula di Stadium Utama Kompleks Sukan Goyang, Korea pada 5 dan 6 Julai 2025.

Blackpinkblackpink lisalalisa manoballisa manobal
https://lomp.at/s41ge
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelawak, Achey mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen sahur bersama anak perempuannya, Tiara Zinnirah Nasir di media sosial. Kongsi Momen...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Spotlight

Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

by Phic ARMAN
March 11, 2026

Baru-baru ini, nama Diana Danielle hangat kat media sosial bila ramai mula berspekulasi, “Eh, Diana tengah bercinta ke dengan kekasih...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara