Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Pertama Kali Datang Kuala Lumpur Buat Konsert, Andmesh Tak Sengaja Tersuka Teh Ais!

by Phic ARMAN
May 17, 2023
Share on Facebook

Penyanyi dan juga penggubah lagu popular di Indonesia serta Malaysia, Andmesh Kamaleng akui sangat teruja  menanti konsert pertamanya di Malaysia anjuran syarikat penganjur acara yang semakin popular, Kharisma Music. Kata Andmesh, ini adalah impiannya sejak kecil untuk berkunjung ke Kuala Lumpur.

“Dari kecil lagi saya memang teringin untuk datang Kuala Lumpur. Kerana saya rasa orang Malaysia sudah seperti saudara sendiri. Tambahan lagi, sememangnya tempat asal saya memang jauh dari Jakarta, jadi impian saya memang mahu ke Kuala Lumpur dan mengadakan konsert di sini. Jadi bila saya diajak untuk buat konsert di sini, saya tidak mengambil masa yang lama untuk berfikir. Saya terus bersetuju!”- kata Andmesh ketika sidang media di The Curve, Petaling Jaya.

Bertanya mengenai konsert yang bakal berlangsung pada 4 Jun 2023 di Plenary Hall, KLCC, Andmesh menyatakan dia bakal membawa lebih dari 15 buah lagu.

“Saya akan membawa 15 hingga 16 buah lagu ini termasuk beberapa lagu yang saya ciptakan untuk penyanyi pernah viral sebelum ini. Jika ada mahukan saya menyanyikan lagu dari penyanyi Malaysia,  mungkin saya perlukan izin bukan? Idea yang bagus, nanti saya cuba fikirkan”- katanya.

Bertanya mengenai pengalaman pertama berkunjung ke Malaysia, Andmesh berkongsi makanan dan minuman kegemarannya di sini. Dia tidak sengaja terjatuh hati dengan minuman kegemaran rakyat Malaysia iaitu Teh Ais.

“Ia terjadi ketika saya mahu memesan minum Teh O Ais tetapi saya menyebut ‘Ice Tea’ di Restoran. Tapi rupanya saya salah, minuman itu dihantar dengan susu iaitu Teh Ais. Jadi sejak dari itu saya lebih suka Teh Ais” katanya sambil ketawa.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Lagu ‘Cinta Luar Biasa’ yang diambil dari album pertamanya dengan judul yang sama berjaya melonjakkan lagi namannya sehingga dikenali ramai di rantau Asia Tenggara, bukan itu sahaja lagu tersebut mendapat perhatian global apabila turut dinyanyikan semula dalam pelbagai bahasa, antaranya Inggeris dan juga Korea.

Seperti yang dikongsikan oleh pihak penganjur, harga tiket bermula RM 288 dan paling mahal berharga RM1,288 di laman  andmesh.ubertickets.asia

Andmesh Kamaleng
https://lomp.at/ox989
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aisar Khaled Sekeluarga Berbuka Puasa Dengan Ria Ricis, Curi Perhatian Netizen Malaysia & Indonesia!

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

Mimie Haris Umum Telah Bercerai-“Untuk Elak Fitnah & Salah Faham…”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris memberi makluman mengenai dirinya yang telah berpisah dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin setelah...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara