Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

[VIDEO] Putera Mateen Timang Puteri Sulung, Istilah ‘Meluaran’ & Cara Umum Macam Raya Curi Tumpuan

by Phic ARMAN
February 9, 2026
33
KONGSIAN
Share on Facebook

MURAI rasa ramai yang senyum sendiri bila dengar berita gembira dari Brunei ini. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam, selamat menimang cahaya mata pertama mereka.

Pasangan diraja ini dikurniakan seorang puteri, yang dilaporkan selamat dilahirkan pada jam 8.50 pagi.

Seperti yang dijangka, pengumuman rasmi daripada pihak istana terus menarik perhatian. Di TikTok, video penyampaian berita itu dikongsi berulang kali, dan ramai terpukau dengan nada formal serta penuh adat.

@onlytmski

alhamdulillah, congrats Prince Mateen and PAI Anisha 🥹🤍 #princemateen #anishaisakalebic #foryoupage #tmski #anishaik #fyppp

♬ Renjana Pengantin Diraja 2024 – Awangbsb90

Sampaikan ada yang berseloroh, bunyinya macam pengumuman tarikh Hari Raya!

“Macam umum raya,” tulis seorang netizen.

Dalam masa sama, ramai juga baru berkenalan dengan satu istilah yang jarang didengar di Malaysia iaitu ‘meluaran’.

Rupa-rupanya, ia membawa maksud bersalin.

“Baru tahu istilah meluaran,” komen pengguna media sosial yang teruja belajar sesuatu yang baharu.

Menurut kenyataan Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, puteri tersebut diputerakan pada Ahad, 20 Syaaban 1447 bersamaan 8 Februari 2026.

Bagi meraikan kelahiran cucunda kepada Sultan Hassanal Bolkiah, sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan di perkarangan Istana Nurul Iman sebagai tanda kesyukuran dan istiadat rasmi.

Terdahulu, Putera Mateen pernah berkongsi khabar gembira mengenai kehamilan zuriat sulung mereka pada Oktober tahun lalu.

Untuk rekod, Putera Mateen merupakan anak ke-10 dan putera keempat Sultan Hassanal Bolkiah bersama bekas isteri baginda, Hajah Mariam Abdul Aziz.

Sementara itu, Puteri Anisha yang dilahirkan di London dikenali sebagai seorang usahawan dan mengendalikan perniagaan melibatkan pakaian sutera serta agensi pelancongan mewah.

Apa pun, ruangan komen kini penuh dengan ucapan tahniah dan doa buat keluarga kecil diraja ini. Selain tumpang gembira, ramai juga memuji cara Brunei memelihara adat serta penghormatan tinggi terhadap institusi beraja.

Memang satu momen yang indah untuk diraikan bersama.

[VIDEO] Gelagat Putera Mateen Main Kayu Polo, Curi Perhatian Ramai!-"Please Focus!"
abdul mateenputera mateen
https://lomp.at/h4yew
Share13Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Berita

Raya 20 atau 21 Mac? Penentuan Syawal 1447H Bergantung Cerapan Hilal Malam Ini

by Ayu Kamaruddin
March 19, 2026

Penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri 2026 kini menjadi perhatian ramai apabila umat Islam di Malaysia bakal mengetahui keputusan rasmi pada...

Read moreDetails
Sosial Buzz

4 Hal Yang Perlu Anda Tahu Tentang JustGO, Bayar Tol Guna Nombor Plat. Berkesan Ke?

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Dunia tol Malaysia nampaknya bakal masuk fasa baharu! Lebih 200,000 pengguna sudah memuat turun aplikasi JustGO Malaysia yang menggunakan teknologi...

Read moreDetails
via Thread
Sosial Buzz

Masalah Teknikal Lagi? Laluan Kelana Jaya Kembali Uji Kesabaran Pengguna Waktu Puncak

by Naja Nix
February 24, 2026

Perkhidmatan tren kendalian Rapid KL sekali lagi menjadi perhatian apabila pengguna meluahkan rasa kecewa susulan gangguan pada waktu puncak pada...

Read moreDetails
Insentif

SARA Bulanan Kini Sudah Mula Dikreditkan Ke Dalam Mykad

by Ayu Kamaruddin
March 2, 2026

Berita yang dinanti akhirnya tiba, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan kini sudah mula dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Teguran Pedas Sarimah Ibrahim Pasal ‘Takdir’ Jadi Perhatian,- “One Thing I Paling Pantang…”

by Phic ARMAN
March 10, 2026

Nama Che Puan Sarimah Ibrahim memang bukan asing dengan gaya bercakap yang terus terang. Tapi kali ini, perkongsian beliau di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara