Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

SARA Bulanan Kini Sudah Mula Dikreditkan Ke Dalam Mykad

by Ayu Kamaruddin
March 2, 2026
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita yang dinanti akhirnya tiba, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan kini sudah mula dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak bermula semalam.

Menerusi perkongsian rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), bantuan ini diberikan secara tanpa tunai dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya serta kedai runcit terpilih di seluruh negara.

Dalam keadaan kos sara hidup yang masih mencabar, inisiatif di bawah Belanjawan 2026 ini dilihat sebagai bantuan bersasar untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

Berapa Jumlah SARA 2026?

Jumlah bantuan berbeza mengikut kategori penerima:

Penerima STR Sahaja

  • Isi rumah: RM100 sebulan
  • Warga emas: RM50 sebulan
  • Bujang: RM50 sebulan

Penerima STR & eKasih

  • Isi rumah: RM200 sebulan
  • Warga emas: RM150 sebulan
  • Bujang: RM100 sebulan

Bantuan ini dikreditkan secara automatik ke akaun khas yang dipautkan dengan MyKad penerima. Tiada wang fizikal diberikan, sebaliknya ia digunakan terus untuk pembelian barangan asas.

Apa Itu SARA?

SARA ialah bantuan barangan keperluan asas secara tanpa tunai yang disalurkan kepada penerima layak di bawah sistem Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan eKasih.

Melalui mekanisme ini, penerima tidak perlu membuat permohonan baharu sekiranya sudah layak dalam pangkalan data sedia ada. Akaun khas akan dibuka secara automatik menggunakan nombor MyKad penerima.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di portal rasmi Sumbangan Asas Rahmah.

Macam Mana Nak ‘Claim’ SARA?

Ramai yang masih keliru dan tertanya-tanya, “Macam mana nak keluarkan duit?”

Jawapannya, bantuan ini tidak boleh dikeluarkan sebagai tunai.

Sebaliknya, anda perlu:

  • Pergi ke pasar raya atau kedai runcit yang mengambil bahagian.
  • Pilih barangan daripada kategori yang diluluskan.
  • Tunjukkan MyKad di kaunter bayaran.
  • Juruwang akan mengimbas MyKad dan menolak jumlah pembelian daripada baki SARA anda.
  • Jika jumlah pembelian melebihi baki, anda hanya perlu tambah bayaran secara tunai atau kad untuk baki tersebut.

    duit dalam mykad sara untuk semua rm100 one-off

Mudah, ringkas dan terus tolak dari sistem, memang konsep cashless sepenuhnya.

Di Mana Boleh Guna?

Pembelian boleh dibuat di pasar raya dan kedai runcit terpilih seluruh negara yang berdaftar dalam program ini. Biasanya premis yang terlibat akan memaparkan pelekat atau notis penerimaan SARA.

Sebelum ke kedai, penerima juga disarankan untuk menyemak status dan baki bantuan melalui portal rasmi bagi memudahkan perbelanjaan.

duit dalam mykad sara untuk semua rm100 one-offBagi Murai, walaupun jumlahnya tidak terlalu besar, tetapi untuk ekonomi sekarang, setiap ringgit memang bermakna. Jadi kalau anda layak, jangan biarkan ia tidak digunakan. Semak, guna dengan bijak dan rancang perbelanjaan bulanan sebaik mungkin.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
SARA Bulanan 2026
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Insentif

Modal Seawal 12 Hari, PUNB Sedia Dana RM80 Juta Untuk PKS Bumiputera

by Phic ARMAN
July 30, 2026

Kalau ada satu perkara yang sering menjadi cabaran usahawan, mestilah soal modal. Faham perkara itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  2. 2

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara