Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Ramona Luah Tak Pernah Jumpa Bapa Kandung Sejak Bayi- “Dia Tak Berminat”

by Soph Azz
July 30, 2025
Foto - @ramonazamzam (IG)

Foto - @ramonazamzam (IG)

Share on Facebook

Rasanya semua orang, termasuklah Murai, tidak tahu bahawa lelaki yang dipanggil sebagai “ayah” sejak dari kecil oleh aktres Ramona Zamzam itu adalah bapa tirinya. Pendedahan itu dibuat oleh Ramona sendiri apabila aktres tersebut menghadiri rancangan podcast ‘Buku Mulut’ sebagai tetamu.

Menerusi podcast tersebut, Ramona atau nama penuhnya Ros Ramona Qadira binti Mohd Zamzam, mendedahkan bahawa bapa tirinya itu yang telah menjaganya sejak kecil dan bukan bapa kandungnya.

“Sebenarnya, lelaki yang saya panggil ayah selama ini bukanlah ayah kandung saya. Dia adalah ayah tiri saya.”

View this post on Instagram

A post shared by Audio+ (@myaudioplus)

Kongsi Ramona lagi, dia tidak pernah mengenali rapat dan berjumpa dengan bapa kandung memandangkan ibu bapanya telah berpisah ketika dia masih bayi. Tambahnya lagi, walaupun tidak pernah berjumpa, dia hanya sempat bercakap sekali dengan bapa kandungnya melalui telefon ketika masih bersekolah rendah.

“Saya cuba cari dia masa kecil dan pernah bercakap di telefon sekali. Tapi dari cara dia bercakap, saya dapat rasa dia langsung tak berminat nak jumpa saya. Seolah saya saja yang teruja nak jumpa dia.

Semasa bercakap telefon dengan ayah kandung di telefon ketika itu, saya masih ingat dia cakap, “Mak awak kerja, mak ada duit, jadi biarlah mak jaga awak”. Dari situ saya sedar, dia memang tak ambil peduli pasal saya, dia tak kisah pun pasal anak dia dan tiada usaha pun hendak cari saya.”

View this post on Instagram

A post shared by 𝐑amona Z (@ramonazamzam)

Walaupun begitu, Ramona mendedahkan bahawa bapa tirinya tidak pernah mengabaikan dan membesarkannya dengan penuh kasih sayang seperti anak kandung.

“Ayah tiri saya, Zamzam, sangat istimewa dalam hidup saya. Walaupun bukan ayah kandung, tapi hubungan kami sangat rapat. Dialah yang membesarkan saya dan memberikan kasih sayang seperti anak sendiri.”

Ramona akui kini lebih memberi fokus kepada keluarga berbanding perkara lain. Apa pendapat kamu?

bapa ramona zamzamramona zamzam
https://lomp.at/pfo07
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Berita

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- “Daddy Dulu Botol Mineral Je..”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Perkongsian aktor dan usahawan, Fizo Omar mencuri perhatian peminat selepas berkongsi momen bersama anak sulungnya, Wan Maryam. Kongsi Fizo Omar...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Terdesak, Victoria Beckham Rayu Brooklyn Kembali Ke Keluarga

by Nurul A.
March 25, 2026

Selebriti dan pereka fesyen, Victoria Beckham akhirnya mengalah apabila dia dilaporkan sangat terdesak untuk memulihkan hubungannya dengan anak sulung, Brooklyn...

Read moreDetails
Lokal

Atiq Azman Bersyukur Isteri Selamat Lahirkan Anak Sulung Lelaki

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Atiq Azman berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Isnin. Atiq Azman menerusi hantaran di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara