Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

[VIDEO] Rentak Padu ‘Voodoo’ Oleh KRU Sangat Memukau!

by Naddy Joe
November 28, 2024
Share on Facebook

Kumpulan KRU, nama besar dalam industri muzik tempatan yang telah mengumumkan album terbaru mereka berjudul “Kaset” pada bulan lalu, kini melancarkan single pertama dan video muzik dari album tersebut berjudul “Voodoo” khas buat para peminat muzik serantau. 

Mengimbau nostalgia zaman kegemilangan mereka, lagu ini yang mengekalkan DNA muzik asal KRU bergenre Pop Dance, Hip Hop dan R&B. “Voodoo”, lagu ciptaan Norman, Yusry dan Edry menonjolkan kematangan persembahan vokal KRU, sofistikasi KRU dalam penciptaaan lagu serta kecanggihan dalam penerbitan muzik. 

Lagu “Voodoo” mengisahkan keterujaan, kekeliruan dan perasaan seorang lelaki yang terperangkap dalam tarikan mempersona seseorang wanita yang luar biasa. 

Menariknya, video muzik “Voodoo” menggambarkan “prequel” fiksyen bagi kerjaya Norman, Yusry dan Edry ke era awal 90an sebelum pelancaran album pertama KRU pada tahun 1992.

Lebih istimewa, KRU menjadi artis tempatan pertama yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mencipta kembar digital (Digital Twin) mereka dalam video muzik, memperlihatkan inovasi dan kreativiti yang terus menjadi identiti KRU sebagai trendsetter dalam industri hiburan tanahair.

“Voodoo amat istimewa bagi kami bukan saja sebagai lagu baru selepas 6 tahun bertapa, ianya juga membuka lembaran baru industri muzik tempatan bagi penerbitan video muzik sejajar dengan perkembangan teknologi AI.

Semoga lagu ini mendapat tempat di kalangan peminat muzik masa kini dan menjadi salah satu tarikan untuk peminat membuat “reunion” bersama kami di konsert “Kaset” pada tahun akan datang,” ujar KRU menutup bicara. 

YouTube video

Lagu Voodoo kini berada di kesemua platform penstriman digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify sementara video muziknya akan ditayangkan di saluran YouTube krubros tidak lama lagi.

Iman Tang Umum Berita Gembira Buat Peminat Genkru Di Singapura & Malaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai KRU, sila layari dan like akaun Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube KRU.

KRU
https://lomp.at/kt6ev
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Persoal Sikap ‘Hipokrit’ Netizen?

by Naddy Joe
January 16, 2026

Sebelum ini ramai selebriti mendapat kecaman netizen selepas didakwa mempromosikan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Terkini, pelakon...

Read moreDetails
Lokal

Adriana Adnan Pernah Diminta Cipta Kontroversi Untuk Kekal Relevan-“Maruah Diri & Keluarga Lebih Penting..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan mempersoalkan tindakan pihak terlibat dalam industri seni tempatan yang kadangkala seolah-olah cuba menjatuhkan dan membuatnya...

Read moreDetails
Foto - @morosechild (IG)
Lokal

Berang Bapa Tiri Dituduh Penagih, Puteri Balqis Cabar Cari Bukti

by Nurul A.
January 28, 2026

Pelakon Puteri Balqis Ashikin kembali menjadi tumpuan ramai selepas tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa lelaki...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    [VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore