Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi

by Phic ARMAN
February 26, 2026
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Suasana duka yang menyelubungi keluarga Amyza Adnan atas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, terus meruntun hati ramai. Dalam kesedihan yang masih terasa berat, satu momen menyentuh perasaan turut menjadi perhatian apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat panggilan video khas bagi menyampaikan ucapan takziah.

Dalam video tersebut, Zahid menyuarakan simpati dengan nada lembut dan penuh empati.

“Takziah dan saya simpati pada Amyza dan keluarga. Redha dengan pemergian arwah. Kami di sini mendoakan sahaja, insya-Allah.

Sabarlah, sabar itu sahaja yang boleh saya kongsikan. Itu sahaja bantuan yang kami dapat hulurkan, sedikit sebanyak.”

Kata-kata itu mungkin ringkas, namun dalam keadaan seorang ibu yang baru kehilangan anak, ia cukup memberi makna. Doa dan ingatan daripada orang sekeliling sedikit sebanyak menjadi penguat semangat.

@thepresidentcore

Sesungguhnya Allah SWT berfirman: ‘Tidak ada balasan yang sesuai bagi hamba-Ku yang beriman yang Aku ambil kekasihnya (Aku matikan) dari penduduk dunia kemudian dia bersabar dan mengharapkan pahala (daripadaKu), melainkan syurga’.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) @Ahmad Zahid Hamidi @AMYZAAZNAN.1 @mumydidiealias @Nora Tamam #malaysiamadani #zahidhamidi #creatorsearchinsights #fyp #viral

♬ suara asli – musik tenang – instrumen sedih

Amyza yang mendengar ucapan tersebut kelihatan sebak. Dengan suara yang perlahan dan tersekat-sekat menahan tangis, beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan doa yang dititipkan.

“Terima kasih Datuk Seri… terima kasih atas doa dan ingatan,” luahnya ringkas, sambil cuba mengawal emosi.

Wajahnya jelas menggambarkan kepiluan yang masih segar. Mata yang bergenang dan nada suara yang bergetar cukup menggambarkan betapa beratnya dugaan yang sedang dipikul.

Selang setahun, anak keduanya, Adrian Adam, 18, pula disahkan kanser tulang dan perkhabaran duka itu dikongsi aktres itu di platform media sosialnya sehingga mengejutkan ramai.

MURAI percaya, tiada kata yang benar-benar mampu meredakan hati seorang ibu yang kehilangan anak. Namun sokongan moral, doa yang berpanjangan dan kehadiran mereka yang prihatin menjadi penguat untuk terus melangkah, walaupun perlahan.

Semoga Amyza dan keluarga terus diberikan ketabahan. Al-Fatihah buat arwah Andre Mikhail. Semoga segala doa yang dikirimkan menjadi cahaya buatnya di sana, dan menjadi kekuatan buat yang ditinggalkan.

Kronologi Duka: Dari Disahkan Kanser Hingga Andre Mikhail Menghembus Nafas Terakhir
Andre Mikhail
https://lomp.at/insdo
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Terdesak, Victoria Beckham Rayu Brooklyn Kembali Ke Keluarga

by Nurul A.
March 25, 2026

Selebriti dan pereka fesyen, Victoria Beckham akhirnya mengalah apabila dia dilaporkan sangat terdesak untuk memulihkan hubungannya dengan anak sulung, Brooklyn...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Lokal

Fazley Yaakob Puji Sikap Khairul Aming Ketika Datang Ke Restorannya-“Tak Ada Angin Sombong, Tak Ada Ego..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memuji sikap personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming yang sangat baik dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara