Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update

Kronologi Duka: Dari Disahkan Kanser Hingga Andre Mikhail Menghembus Nafas Terakhir

by Phic ARMAN
February 24, 2026
76
KONGSIAN
Share on Facebook

Tahun 2025 menjadi detik yang tidak akan pernah dilupakan buat pelakon, Amyza Aznan. Hati seorang ibu diuji seberat-beratnya apabila anak sulungnya, Andre Mikhail, 19 tahun, disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

MURAI masih ingat saat video itu dimuat naik di Instagram. Wajah Amyza tenang, tetapi mata seorang ibu tidak pernah mampu menipu rasa. Tiga minggu Andre dirawat di Hospital Ampang, Selangor sebelum Amyza berkongsi berita sebenar. Ketika itu, beliau dilihat mengisi borang kebenaran prosedur rawatan, satu detik yang pasti merobek jiwa mana-mana ibu.

Paru-Paru Tidak Lagi Berfungsi

Keadaan Andre semakin kritikal apabila air di paru-parunya telah memasuki jantung dan paru-paru sebelah kanan dilaporkan sudah tidak berfungsi. Dia kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Namun yang membuatkan ramai sebak, menurut Amyza, Andre sangat tenang. Jururawat sendiri mengakui kekuatan anak muda itu. MURAI sendiri tersentuh, dalam usia 19 tahun, diuji dengan sakit sebesar ini, tetapi masih mampu menghadiahkan ketenangan buat ibunya.

Ulang tahun kelahirannya yang ke-19

Pada ulang tahun kelahirannya yang ke-19, pelakon dan sahabat baik Amyza, Didie Alias, hadir melawat. Didie menitipkan doa agar keajaiban berlaku. Video tersebut tular dan ruangan komen dibanjiri doa rakyat Malaysia. Semua berharap masih ada sinar.

@mumydidiealias

Sebenarnye berat hati nak upload tapi hari nie hari istimewa buat Andre Mikhail anak kepada sahabat mumy Amyza Aznan Harinie hari ulangtahun Andre yang ke19 tahun,mumy doakan Andre terus kuat ye sayang.Mumy mohon doa dari semua yang baca nie doakan buat Andre semuga ade keajaiban buat Andre.semuga cepat sembuh🤲🏻 Sempat mumy luangkan masa walaupun sekejap dgn sahabat mumy,bg semangat kt die,bagi die sedikit senyuman,walaupun aku tahu berat sangat dugaan kau. Sama2 kite doakan buat sahabat mumy ye🤲🏻

♬ original sound – mumydidiealias – mumydidiealias

“Doktor Suruh Family Standby…”

Dalam satu perkongsian yang cukup meruntun hati, Amyza memaklumkan doktor meminta keluarga bersedia terhadap sebarang kemungkinan.

“Doktor suruh family standby…”

Ayat itu pendek, tetapi cukup membuatkan dada terasa sesak. Amyza malah merayu bantuan sesiapa yang mempunyai kepakaran perubatan alternatif. Sebagai ibu, dia tidak pernah berhenti berusaha. Malah, beliau pernah menyatakan hasrat untuk membawa keluar Andre dari hospital dengan harapa, jika bukan rawatan, mungkin keajaiban Tuhan.

MURAI faham, apabila seorang ibu sudah bersandar sepenuhnya pada takdir, itu tandanya dia sudah melakukan segalanya.

Pergi Di Bulan Ramadan

Akhirnya, khabar yang paling ditakuti tiba jua. Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.

Berita duka itu dikongsikan oleh pelakon dan pelawak, Ieda Moin, di Instagram. Ketika itu, kelihatan beberapa rakan artis seperti Nazia Mustafar dan Didie Alias berada di sisi Amyza di HKL, memapah tubuh seorang ibu yang baru kehilangan anak sulungnya.

Ruangan komen dibanjiri ucapan takziah termasuk daripada Erra Fazira, Datuk Alha Alfa dan Elvina Mohamad. Ramai yang tidak mampu menahan sebak melihat ujian yang menimpa keluarga ini lebih-lebih lagi pemergian berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

View this post on Instagram

Selamat Dikebumikan

Jenazah Allahyarham Andre Mikhail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana sekitar jam 10.40 pagi selepas dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiah AU3.

MURAI hanya mampu menulis dengan hati yang berat. Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan seorang ibu kehilangan anak. Yang pasti, seluruh Malaysia turut merasai kesedihan itu.

Salam takziah buat Amyza Aznan sekeluarga. Semoga roh Andre Mikhail ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
andreAndre Mikhail
Share30Tweet19SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  2. 2

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara