Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

[VIDEO] “Sedikit Pesanan Kepada Jemaah, Kalau Nak Buat Konten…” – Wanita Sampaikan Teguran Dari Kerajaan Arab Saudi

by Arsiqin Yusof
May 21, 2025
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu video tular baru-baru ini memaparkan teguran penting kepada para jemaah haji dan umrah, khususnya rakyat Malaysia yang gemar merakam dan membuat kandungan di media sosial ketika berada di Tanah Suci. Video tersebut dimuat naik oleh wartawan RTM, Rozaihan Rahim dikongsikan oleh akaun rasmi Salam Baitullah.

View this post on Instagram

A post shared by Salam Baitullah (@salambaitullah)

Menerusi video tersebut, Rozaihan menyampaikan pesanan rasmi daripada Tabung Haji yang turut mendapat peringatan daripada pihak berkuasa Arab Saudi, berkaitan pengambilan gambar dan rakaman video sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

“Dilarang rakam atau gambar polis, askar atau mana-mana petugas keselamatan yang sedang berkhidmat. Jangan buat sebab berisiko akan ditangkap dan yang paling berat adalah turun naik mahkamah”

Rakaman Petugas Keselamatan Dilarang Sama Sekali

Kerajaan Arab Saudi sangat tegas dalam hal ini. Sebarang rakaman yang melibatkan polis, tentera, atau petugas beruniform, walaupun secara tidak sengaja, boleh membawa kepada denda yang berat, tindakan undang-undang dan dalam kes tertentu, perbicaraan di mahkamah Arab Saudi.

Larangan ini bukan sahaja melibatkan kawasan larangan atau sensitif, malah segala bentuk dokumentasi visual (termasuk gambar dan video) yang menampilkan anggota keselamatan semasa mereka menjalankan tugas adalah tidak dibenarkan sepenuhnya.

Dengan peningkatan jumlah jemaah dan penggunaan media sosial yang semakin meluas, kerajaan Arab Saudi kini lebih berwaspada terhadap sebarang bentuk penyebaran kandungan digital yang boleh menjejaskan kelancaran khidmat petugas di Tanah Suci.

Peringatan Buat Jemaah Malaysia

Rozaihan turut mengingatkan bahawa jemaah perlu menjaga tingkah laku sepanjang berada di sana terutama rakyat Malaysia. Hal ini juga demi menjaga nama negara Malaysia.

“Mohon semua berkelakuan baik dan menjaga nama baik Malaysia di sini. Insya Allah, semua akan selamat”

Zaman sekarang, ramai mahu berkongsi pengalaman berhaji atau berumrah di media sosial dan itu bukan satu kesalahan. Namun, kita perlu lebih berhati-hati dan peka terhadap undang-undang tempatan, lebih-lebih lagi di negara asing yang mempunyai garis panduan keselamatan yang sangat ketat seperti Arab Saudi.

Sebagai tetamu Allah, marilah kita menjaga adab, tidak melanggar undang-undang dan sentiasa memastikan perkongsian kita di media sosial tidak menimbulkan masalah kepada diri sendiri mahupun pihak lain.

[VIDEO] Bukan Rezeki Tapi Allah Maha Berkuasa - Pesawat Patah Balik 2 Kali Bawa Jemaah Haji
contentlaranganmekahTanah Suciundang-undang
https://lomp.at/lt0u3
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Islamik

Kecoh Kata Kena Denda RM10K Bergambar Depan Kaabah, Betul Ke?

by Phic ARMAN
April 27, 2026

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila tular dakwaan kononnya jemaah yang bergambar atau merakam video di hadapan Kaabah...

Read moreDetails
Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  2. 2

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  5. 5

    Percutian Mewah Noor Nabila & Kekasihnya Ameer Aiman Di Bali, Sempat Cuba Kopi Luwak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara