Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Momen Manis Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Majlis Perkahwinan Anak Sahabatnya

by Noah Ab
October 16, 2025
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Sultan Pahang dan Tunku Azizah yang mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sahabat baik mereka.

Di katakan bahawa arwah ayah kepada pengantin perempuan merupakan kawan baik Tuanku dari zaman sekolah rendah, manakala arwah ayah pengantin lelaki pula merupakan pekerja kepada Tuanku.

@srhyhya_

Special guest for my sister wedding <3 #kesultananpahang #royalpahang #sultanpahang #kuantan

♬ The Winner Is… – DeVotchKa Version – DeVotchKa

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa pasti pasangan pengantin gembira dengan kehadiran Tuanku sekeluarga.

“raja sehari tapi betul betul raja datang”

“macam mana pengantin diraja lagi sweet dari pengantin yang tengah bersanding tu hahaha”

“mana satu pengantin ni hahaha”

“Terbaiklah tuanku”

Info Tambahan, Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar merupakan Permaisuri Pahang, isteri kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda dilahirkan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor.

Tunku Azizah terkenal dengan keperibadiannya yang rendah hati, penyayang, dan komited terhadap tugas-tugas kemasyarakatan. Sebagai Permaisuri, baginda giat terlibat dalam pelbagai inisiatif kebajikan, terutamanya melibatkan pendidikan, kesihatan, dan pemerkasaan wanita.

Baginda juga dikenali sebagai pelindung seni dan budaya, dengan minat mendalam terhadap kraftangan tradisional seperti tenunan songket. Tunku Azizah sering menjadi inspirasi melalui dedikasinya terhadap rakyat Pahang dan Malaysia, menzahirkan sifat kepimpinan yang penuh kasih sayang.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
sultan pahangtunku azizah
Share7Tweet5SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nourul Bermimpi Tentang Biduanita Negara, Respon Siti Nurhaliza Buat Ramai Tersenyum

  2. 2

    “Tak Perlu Sampai Tampar”- Video Anggota Polis Kejutkan Warga Emas Tidur Cetus Kemarahan Netizen

  3. 3

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

  4. 4

    Luahan Zizie Izette Buat Ramai Sebak- “Saya Ibu Tunggal Sekarang…”

  5. 5

    Ralph’s Coffee Rai Festival Pertengahan Musim Luruh Dengan Kek Bulan Eksklusif

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara