• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

[VIDEO]Sungai Pisang Ada Uptown Ke? Netizen Kecewa Orang Ramai Banjiri Kawasan Riadah

Difahamkan, terdapat sumber yang melaporkan bahawa ada diantara pengunjung tersebut masih tidak lengkap vaksinasi

by Khai Azfar
September 14, 2021
71
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak awal minggu lalu, tular di media sosial mengenai video dan foto orang ramai beriadah di Sungai Pisang, Gombak yang kelihatan bersesak tanpa penjagaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Ramainya Orang Di Sungai Pisang! 

Bukan sahaja sesak di susur masuk ke kawasan rekreasi ini, malah dek kerana terlalu ramai orang ada diantara mereka yang hanya mampu merendamkan kaki kerana tiada ruang dan privasi yang membolehkan mereka melakukan aktiviti riadah bersama kenalan dan ahli keluarga.

Ada Yang Langgar SOP 

Isu yang tular itu sekaligus mencetuskan amarah pengguna media sosial yang lain kerana khuatir akan wujudnya kluster baharu ataupun berkemungkinan kerajaan akan menarik semula kebenaran untuk melakukan aktiviti riadah buat individu yang lengkap vaksinasi COVID-19. Difahamkan, terdapat sumber yang melaporkan bahawa ada diantara pengunjung tersebut masih tidak lengkap vaksinasi dan turut mendakwa sebilangan besar yang hadir tidak mempunyai permit kebenaran masuk.

Rupanya yang pergi Air Terjun Sungai Pisang ramai-ramai tu tak ada permit. Dan Air Terjun Sungai Pisang cuma ada had daya tampung 100 orang seminggu.

Dah dah, pergi cari air terjun lain. Yang penting, minta permit, kang kena tangkap ceroboh. pic.twitter.com/SjUc3i6P68

— Ikhwan (@JatIkhwan) September 13, 2021

Fynn Jamal Titip Pesanan 

Isu tersebut turut menarik perhatian penyanyi dan komposer Fynn Jamal yang berkongsi video tersebut di laman Instagram nya. Terkejut serta bimbang akan kesihatan para pengunjung di Sungai Pisang, Fynn atau nama sebenarnya Nur Affina Yanti Jamalludin menitipkan nasihat buat para pengikutnya agar dapat berfikir secara rasional dan bertimbang rasa sekiranya ingin melakukan sesuatu aktiviti terutamanya mengutamakan SOP.

https://www.instagram.com/p/CTvmY8yhItR/

Bagaimanapun, bagi sesetengah netizen mereka berpendapat kejadian tersebut bukanlah terjadi secara sengaja berikutan ia adalah minggu pertama sejak kerajaan membenarkan aktiviti rekreasi dilakukan bagi negeri-negeri Fasa 2 termasuk Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya berkuatkuasa 10 September 2021.

10 pagi dah macam ni. Gila betul hampa ni baru buka border daerah menderu masuk Hulu Langat pakat nak main air terjun, cycling

Aku nak keluar pun takde mood macam ni ? pic.twitter.com/ixLBk9z7bN

— Amirul Kalif Syde (@KalifPoi23) September 11, 2021

Selain Sungai Pisang, kawasan rekreasi di Hulu Langat juga dibanjiri dengan orang ramai yang mengambil peluang untuk beriadah setelah sekian lama tidak dapat berbuat demikian berikutan mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Sungai Pisang
https://lomp.at/wtv9j
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Jom Intai 7 Destinasi Salji Terbaik Di Asia Yang Boleh Dikunjungi Selepas Tamatnya Pandemik

by Aphit J.
January 3, 2021

Sebenarnya, negara-negara bersalji di Asia tidak kurang indahnya jika dibandingkan dengan negara-negara di Eropah dan Amerika. Berikut adalah 7 destinasi...

Read moreDetails
HotList

5 Tempat Melihat ‘View Sunset’ Terpaling Cantik Di Sekitar Kuala Lumpur

by Haz Haan
November 18, 2022

Matahari terbenam adalah fenomena alam semula jadi yang berlaku setiap hari dari kira-kira 7:00 hingga 7:30 p.m dan juga salah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  4. 4

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  5. 5

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore