Baru- baru ini tular satu video yang dimuatnaik oleh Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq yang mencuri perhatian netizen selepas memaparkan gelagatnya bersama penyanyi, Bella Astillah.
Syed Saddiq menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, dapat dilihat Syed Saddiq dan Bella Astillah sedang melakukan trend TikTok ‘Middle Of The Night’ yang merupakan sedutan lagu nyanyian penyanyi Hollywood, Taylor Swift yang berjudul ‘Ready For It?’
“Sesi jerit menjerit untuk hilangkan stress 😆.”-kapsyen Syed Saddiq di TikTok dan Instagram
@syedsaddiq Sesi jerit menjerit untuk hilangkan stress 😆 @Bella Astillah
“Pandai Saddiq Memujuk Sekarang Ya…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat gelagat Bella dan Syed Saddiq, malah ramai yang menegur penyanyi jelita ini yang dilihat memakai seutas rantai leher yang yang mempunyai loket huruf ‘S’ yang mencetuskan spekulasi netizen bahawa ia merujuk kepada Syed Saddiq.
“Eh rantai dia ada letter S.”
“Tak kahwin, aku bertanding kat Muar. Awas ye.”
“Faham rantai tu faham.”
“Video ni khas kepada mereka yang cakap Bella belum move on sebab peristiwa semalam. Bella siap pakai rantai ‘S’ lagi nyah.”
“Entah berapa kali ulang dah ni.”
“Pandai Saddiq memujuk sekarang ya 😂.”
“Akhirnya terubat sakit hati aku lepas tengok news pasal semalam tu je.”
“Nampaknya YB sehabis usaha nak bagi Bella gembira, tak mahu bagi Bella susah ahti. YB betul-betul lelaki terbaik. Lelaki terbaik selalunya untuk perempuan terbaik.”
Sekadar info, Bella dan Aliff Aziz pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 sebelum membuat keputusan untuk bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2024, selepas Aliff ditangkap berkhalwat bersama pelakon, Ruhainies pada Mac lalu.
Mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.