Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

[VIDEO] Tak Percaya Gosip Kahwin Dhani-Mulan, Reaksi Lama Maia Curi Perhatian

by Soph Azz
July 3, 2025
Foto - Warta Sidoarjo / Suara Sarawak

Foto - Warta Sidoarjo / Suara Sarawak

62
KONGSIAN
Share on Facebook

Tiada siapa sangka, Maia Estianty suatu ketika dahulu pernah mempertahankan bekas suaminya, Ahmad Dhani dan Mulan Jameela daripada khabar angin perkahwinan rahsia.

Dalam satu temu bual lama, Maia secara terbuka memberitahu bahawa dia tidak mempercayai khabar angin tersebut dan menyatakan bahawa Dhani-Mulan tidak pernah berkahwin.

@kulunu28

#mulan #maiaestianty #maia #gosip #gosipartis #selingkuh #masalalu #bundamaia #ratufyp #nikahsiri

♬ suara asli – Sr Gorib – kulunu

Khabar angin itu tercetus ketika Mulan masih lagi menjadi pasangan duet Maia dalam duo Ratu. Ketika ditemu bual, Maia yang muncul bersama Mulan duduk secara bersebelahan telah menjadi perhatian ramai. Ini kerana Mulan dilihat hanya mendiamkan diri dan membiarkan Maia memberikan penjelasan bagi meredakan kekecohan berkenaan khabar anginnya yang telah berkahwin dengan Dhani.

“Selepas seminggu, kami (Maia, Dhani dan Mulan) sudah bosan menjadi berita. Ada berita yang bercanggah tentang perkahwinan rahsia antara Mulan dengan Dhani dan sebagainya.”

View this post on Instagram

A post shared by Dean Sadudin | Dean MUA (@deanmua_)

Maia, yang kini telah berkahwin dengan Irwan Mussry, menyatakan keletihannya menghadapi khabar angin tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga dengan tegasnya mendedahkan bahawa hubungannya dengan Mulan dan Dhani adalah baik.

“Anda boleh lihat sekarang, Mulan dan saya baik-baik sahaja. Dan juga hubungan antara Dhani dan orang ramai juga baik.”

View this post on Instagram

A post shared by Mulan Jameela (@mulanjameela1)

Pada masa yang sama, Maia juga mengakui khabar angin tersebut telah menganggu kestabilan kumpulan duo Ratu dan juga kehidupan keluarga mereka. Maia meminta orang ramai dan peminat untuk berhenti daripada menyebarkan khabar angin palsu.

“Ini sebenarnya berita yang sangat menyedihkan kerana ia boleh menganggu kestabilan kami dalam muzik dan keluarga. Pada dasarnya kami tidak mempunyai apa-apa. Tidak ada perkahwinan. Dan hubungan saya dengan Mulan baik-baik sahaja. Semoga ia tidak berpanjangan dan dihebohkan lagi.”

Foto – @@kulunu28 (TikTok)

Apabila menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan respons yang berbeza apabila melihat reaksi Maia yang tenang bercakap tentang khabar angin tersebut.

“Seram betul pengkhianatan kawan. Jadikan ini sebagai pengajaran buat kita, jangan terlalu percaya pada sesiapa”, komen @nuansa_cinta.

“Bagaimana dia (Maia) boleh percaya begitu? Bagaimana itu mungkin”, komen @deavenelove.

“Kasihan sangat dengan Bunda Maia ketika itu padahal sudah percaya sangat dengan Mulan”, komen @maaliyaaaa.

Tak lama selepas itu, Mulan secara rasminya meninggalkan duo Ratu pada Januari 2007. Perkahwinan Maia dan Dhani berakhir pada Jun 2008. Dhani dan Mulan pula dikatakan berkahwin pada tahun 2009.

Apa pendapat kamu?

[VIDEO] Dul Jaelani Kongsi Momen Pahit Ketika Ibunya Dihalau- "Kami Pura-Pura Tidur Tapi..."
ahmad dhaniirwan mussryMaia Estiantymulan jameela
Share25Tweet16SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem