Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar merupakan Permaisuri Pahang, isteri kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda dilahirkan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor.
Tunku Azizah terkenal dengan keperibadiannya yang rendah hati, penyayang, dan komited terhadap tugas-tugas kemasyarakatan. Sebagai Permaisuri, baginda giat terlibat dalam pelbagai inisiatif kebajikan, terutamanya melibatkan pendidikan, kesihatan, dan pemerkasaan wanita.
Baginda juga dikenali sebagai pelindung seni dan budaya, dengan minat mendalam terhadap kraftangan tradisional seperti tenunan songket. Tunku Azizah sering menjadi inspirasi melalui dedikasinya terhadap rakyat Pahang dan Malaysia, menzahirkan sifat kepimpinan yang penuh kasih sayang.
“Memula Nak Beli Dua Lepastu Tga, Last Last 5 Jela Senang Hahahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @editzzby_ah yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 77 ribu, tanda suka sebanyak 2,563 dan sebanyak 40 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Sultan Pahang dan Tunku Azizah yang membeli biskut garam laut yang dihasilkan oleh rakyatnya sendiri. Namun yang mencuit hati adalah jumlah yang ingin dibeli baginda berubah menjadi 5 apabila Tunku Azizah ingin membeli 4.
@editzzby_ah wahh Tuanku borong…comel Tuanku berdua excited nak beli 🥰pasti sedap tu .korang kat sana jangan lupa borong jugak😆min nak sikit🤭 #sultanpahang #tengkuampuanpahang #royalpahangfamily #royalpahang #royalpahangpoloclub #pahangroyalfamily #credittotheownerofthisvideo
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Sultan Pahang dan Tunku Azizah sangat santai membeli barangan jualan rakyat.
“Seronok dan bahagia tengok orang dapat jumpa tuanku berdua dalam program yang santai macam ni”
“Tuanku pun ingat anak cucu menantu, tu yang beli banyak”
“sangat santai Tuanku, semoga panjang usianya”
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?