Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Telatah Tunku Azizah & Keluarga Main Pickleball Curi Tumpuan Warganet

by Noah Ab
August 28, 2025
Share on Facebook

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Tunku Azizah dan ahli keluarganya yang pergi bermain pickleball disebuah kelab pickleball di Kuantan, Pahang.

Video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @reservedpickleballclub kini peroleh jumlah tontonan sebanyak 21 ribu, tanda suka sebanyak 367 dan sebanyak 50 perkongsian.

@reservepickleballclub

Honored to welcome Tunku Azizah Aminah and the Pahang Royal Family to Reserve Pickleball Club ❤️

♬ 轻快的背景音乐 – HD235

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gemar melihat cara kerabat diraja Pahang meluangkan masa bersama-sama yang diisi dengan perkara yang bermanfaat.

”Suka betul lihat keluarga kerabat pahang ni, sangat sporting dan tampak bahagia selalu”

”Las ni makin ramai lah orang pergi situ kot terseremlak dengan kerabat pahang hahaha”

”kalau Tunku Azizah main sekali mesti meriah, baginda datang beri sokongan dekat anakanda tercintanya itu”

”Tengku Jihan dengan Tengku Muhammad nampak paling semangat sekali tu”

”hensemnya Tengku Ismail, kalau gini semangat pulak nak main pickleball hahahah”

Info Tambahan, Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar merupakan Permaisuri Pahang, isteri kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda dilahirkan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor.

Tunku Azizah terkenal dengan keperibadiannya yang rendah hati, penyayang, dan komited terhadap tugas-tugas kemasyarakatan. Sebagai Permaisuri, baginda giat terlibat dalam pelbagai inisiatif kebajikan, terutamanya melibatkan pendidikan, kesihatan, dan pemerkasaan wanita.

Baginda juga dikenali sebagai pelindung seni dan budaya, dengan minat mendalam terhadap kraftangan tradisional seperti tenunan songket. Tunku Azizah sering menjadi inspirasi melalui dedikasinya terhadap rakyat Pahang dan Malaysia, menzahirkan sifat kepimpinan yang penuh kasih sayang.

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
tengku ahmad ismailTengku Muhammadtengku puteri jihantunku azizah
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara