Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Terlalu Rindukan Arwah Ibu, Ramai Sebak Lihat Sky Menangis Dalam Tidur

by Soph Azz
July 11, 2025
Foto - @ridzokumura (IG)

Foto - @ridzokumura (IG)

158
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkongsian terbaru Ridzokumura mengenai keadaan terkini anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura, telah membuatkan ramai yang sebak. Tidak dapat menanggung kerinduan terhadap arwah ibunya, Akiko Okumura, Sky dilihat menangis dalam tidur sambil ditenangkan oleh Ridzokumura.

Berdasarkan video yang dikongsi di Instagram peribadi Ridzokumura itu, ramai yang menyatakan mereka tidak kuat melihat keadaannya. Sky sepertinya masih dibelengu rasa sedih dan rindu yang melampau, sehinggakan dia tidak dapat menahan diri daripada menangis ketika tidur.

View this post on Instagram

A post shared by RidzOkumura Salon (@ridzokumura)

“Ya Allah Ya Tuhan ku, Engkau kuatkanlah Sky dan aku, untuk menerima segala ujian ini. Sky terlalu rindukan ibunya.”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut bersimpati dan sebak melihat keadaan Sky. Seperti memahami apa yang dilalui oleh Sky, pada usianya yang terlalu muda, ramai yang memberikan doa dan juga kata-kata semangat.

“Ya Allah, aku tak sanggup tengok ni. Strong sahabat ku sayang dan Sky. Aku sayang korang”, komen @azzaelite.

“Ya Allah. Sedihnya. Memang ada masa kita akan rasa rindu, sakit, sebak, ngilu. Bila rindu pada yang tiada. Allah, kuatkanlah hati dua beranak ini untuk meneruskan kehidupan. Berilah mereka ketenangan, rasa redha, ikhlas, menerima. Berilah ketenangan dalam jiwa mereka. Ridz dan Sky, kuat ya”, komen @zuraidahjamari.

“Makin lama memang makin rindu bila seseorang dah pulang ke negeri abad. Semoga Sky dan Ridzokumura diberi kekuatan”, komen @masturahusin.

@ridz_okumura

Ya Allah ya Tuhan ku,engkau kuat kan lah sky dan aku,untuk menerima segala ujian ini,sky terlalu rindu kan ibu nya 😭🇯🇵

♬ original sound – ࿐ོ⃝ʀ Mr🔸Cr¥ptid ♂️ – 🔹️حلمي 🔹️

“Siannya Sky. Aunty faham sakit rindu Sky tu. Aunty pun kehilangan anak kesayangan juga, penyanyi Sandra Dianne tahun 2020. Dulu arwah anak aunty selalu gi salon ayah Sky buat rambut. Aunty sampai sekarang masih bersedih. Semoga Sky dan ayah terus tabah ye”, komen @safira_adinda729.

“Begitu cepat ibunya pergi meninggalkan dia. Dia dikira masih kanak-kanak, bukan mudah bagi dia untuk menerima kenyataan ini. Moga Sky terus kuat dan jangan menyerah ya”, komen @samsiahsahari.

Untuk pengetahuan kamu, Ridzokumura atau nama sebenarnya Ridzuan, telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita Jepun, Akiko Okumura pada Februari 2009. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Sky Taizo Okumura. Sebagai rekod, Akiko Okumura telah menghembuskan nafas terakhir pada 28 Februari 2025.

[VIDEO] Ridz Okumura Dedah 13 Tahun Arwah Isteri Simpan Duit Anak Dalam Sampul
akikoAkiko Okumuraridzokumurasky taizoSky Taizo Okumura
Share63Tweet40SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem