Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Tunku Azizah Beraksi Di Dapur Cetus Perhatian Rakyat-“Sedapnya Semua Menu”

by Noah Ab
August 6, 2025
Share on Facebook

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar merupakan Permaisuri Pahang, isteri kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Baginda dilahirkan pada 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor.

Tunku Azizah terkenal dengan keperibadiannya yang rendah hati, penyayang, dan komited terhadap tugas-tugas kemasyarakatan. Sebagai Permaisuri, baginda giat terlibat dalam pelbagai inisiatif kebajikan, terutamanya melibatkan pendidikan, kesihatan, dan pemerkasaan wanita.

Baginda juga dikenali sebagai pelindung seni dan budaya, dengan minat mendalam terhadap kraftangan tradisional seperti tenunan songket. Tunku Azizah sering menjadi inspirasi melalui dedikasinya terhadap rakyat Pahang dan Malaysia, menzahirkan sifat kepimpinan yang penuh kasih sayang.

“Hebatnya Permaisuri Pahang, Pandai Sangat Masak Pelbagai Jenis Lauk”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @radzuanradziwill yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 184 ribu, tanda suka sebanyak 7,478 dan sebanyak 101 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tunku Azizah yang memasak pelbagai jenis menu. Tunku Azizah juga sempat menyelitkan bahawa salah satu menu tersebut adalah kegemaran Tengku Nadhirah iaitu Puteri diraja yang sering dikaitkan dengan Tengku Hassanal.

@radzuanradziwill

Bila dapur Tuanku berasap kita xsenang duduk hafal resepi. Junjung Kurnia Tuanku. #cheminahsayang #airtangantengkuampuanpahang #radzuanradziwill #resepituankupermaisurituankuazizah

♬ original sound – RADZUAN RADZIWILL – RADZUAN RADZIWILL

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa pasti ada yang berkaitan dengan Tengku Nadhirah dan sebab itu Tunku Azizah memasakkan menu kegemarannya itu.

“Power betul Queen of Pahang, salute patik tengok Tuanku beraksi di dapur”

“Tuanku Azizah sememangnya rajin dari dulu lagi”

“Air tangan TAP bila masak memang terbaik”- Kata netizen

Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
tunku azizah
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  3. 3

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  4. 4

    Tak Perlu Lagi Keluarkan Kad! Merchantrade Money Kini Boleh Tap Guna Telefon

  5. 5

    Skrin Gergasi Sampai 300 Inci, Hisense Tarik Perhatian Peminat Hiburan Rumah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara