Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[VIDEO] Unboxing Redmi Note 14 Pro BamBam: Telefon atau Merchandise?

by Phic ARMAN
July 8, 2025
Share on Facebook

Hari ini Murai buka kotak sebuah peranti yang bukan saja telefon, tapi juga seolah-olah merchandise konsert. Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition. Ini edisi khas yang dilancarkan bersempena dengan BamBam, penyanyi terkenal dari Thailand yang juga duta Redmi.

Warna? Sand Gold. Tanda tangan? Ada besar-besar di belakang. Aura? Sampai rasa ke dada bila selepas pegang.

Apa Ada Dalam Kotak?

Kotaknya pun bukan main bergaya dengan sign BamBam di depan. Bila buka, kita jumpa:

  • Pengecas 45W “designed by Xiaomi”, laju sampai powerbank lama anda terasa tak relevan.
  • Kabel USB type-C,  bukan USB “Cincai”.
  • Sarung getah warna hitam, supaya telefon anda tak tergelincir macam hati bila tengok BamBam.
  • Kad keselamatan & kad jaminan,  biasanya kita baca bila dah tersilap.

Dan semestinya, telefon itu sendiri dengan kemasan Sand Gold dan tanda tangan BamBam.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Spesifikasi Ringkas

Ini hanya unboxing, jadi kita bagi ‘spoiler’ sikit saja:

  • Skrin besar AMOLED dengan kadar segar semula tinggi (scroll Instagram pun rasa mewah).
  • Cip Dimensity 7300-Ultra yang cukup laju untuk kerja dan main game.
  • Kamera utama 200MP yang kalau muka masih tak flawless, itu bukan salah kamera.
  • Bateri besar, siap dengan pengecasan pantas, jadi tak ada alasan bateri habis masa tengah stalk IG BamBam.

Harga & Di Mana Beli?

Untuk semua ini, harganya cuma RM1,299. Boleh mula dapatkan hari ini di mi.com, Shopee dan Lazada.

Kalau anda peminat BamBam atau suka telefon dengan gaya yang lain daripada biasa, ini edisi yang patut anda pertimbangkan. Dengan kotak cantik, tanda tangan BamBam dan warna Sand Gold, ini lebih dari sekadar telefon , ini juga “perhiasan” dan bahan pamer di meja kopi.

Tunggu review penuh daripada kami untuk tahu sama ada prestasinya sehebat rupanya, atau sekadar pandai bergaya saja.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
BamBamRedmiRedmi Note 14 Pro 5GRedmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Editionxiaomi
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  3. 3

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara