Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Wanita Terkejut Lihat Katak Terapung Dalam Air Minuman- “Color Tu Pun Dah Macam Asam Boi”

by Nurul A.
August 4, 2025
Foto - @_iiimalina (TikTok)

Foto - @_iiimalina (TikTok)

Share on Facebook

Kembang tekak! Siapa sangka pengalaman memesan air di sebuah restoran boleh berubah menjadi tragik apabila air yang sampai di meja berbeza daripada apa yang dipesan.

Pengguna TikTok yang dikenali sebagai @_iiimalina, mendedahkan kejadiaan yang tidak boleh dilupakannya itu ketika mengunjungi sebuah restoran yang terletak di Sendayan, Negeri Sembilan.

https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/snaptik_7534003601639836935.mp4

Menerusi video-video yang dikongsinya di TikTok, wanita ini mengatakan bahawa dia telah memesan air asam boi. Tanpa melihat dengan teliti, wanita tersebut telah menyedut air asam boi tersebut hampir separuh, sambil menyedari bahawa di bahagian bawah gelas tersebut menunjukkan sebuah benda aneh.

“Cerita dia macam ni, lepas je dia hantar air tu macam biasalah kan saya gaul-gaul dan minum, bila saya dah minum suku dari air tu saya tengok belah bawah tu macam ada benda pelik.”

Foto – @_iiimalina (TikTok)

Tertanya-tanya tentang benda aneh yang berada di dasar gelas itu, wanita tersebut cuba mengacau air dengan mengguna straw untuk melihat. Apabila dikacau, wanita tersebut mendapati seekor katak yang telah mati berada dalam minumannya.

“Then saya gaul dan try bawah naik atas guna straw barulah katak tu muncul. What do you expect kalau color katak tu pun dah macam asam boi. Sumpah tergamam tak terkata.”

Menerusi hantaran di TikTok, wanita itu turut kesal dengan tindakan restoran tersebut dan menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas restoran itu.

“Cari benda tersembunyi. KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) tolong ambil tindakan! Sikit pun takde kata maaf.”

Foto – @_iiimalina (TikTok)

Apabila menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok turut menyatakan rasa kesal dan mengecam tindakan restoran tersebut.

“Yang pelik tu apa pasal diorang tak nampak katak tu before serve customer?”, komen @enohalia.

“Dulu saya pernah makan juga kat sini. Order kuey teow ladna. Sotong dan udang busuk. Dalam tu juga, ada serbuk besi serpihan sabut periuk. Bila cakap kat staff, diorang jeling lepas tu tak refund pun untuk makanan tu”, komen @she088.

“Certain katak ada racun kan? Dan sis dah minum… Ahh saya overthinking dah”, komen @babyshyyoung.

“Pernah kena. Minum air tembikai lepastu tergigit anak lipas. Tah lipas tu dalam straw ke air ke tak pastilah. Yang pasti aku kunyah benda tu dah hancur. Pastu pelik kenapa biji tembikai pahit-pahit. Sekali keluarkan kepala lipas”, komen @nursyahminaroslan_.

Sangat menggelikan! Kongsikan dengan Murai, pernah tak kamu hadapi situasi seperti ini?

[VIDEO] Aksi Spontan Si Kecil Ini Berdoa Di Batu Air Selangor Undang Tawa- "Rumah Adik Takde Air Ke? "
aft stationair asam boi katakair kataktiktok
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  3. 3

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  4. 4

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  5. 5

    Uqasha Tepis Dakwaan Gelaran ‘Datuk’ Adik Ipar Dibeli, Dedah Status Kerabat & Sumbangan Hartanah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem