Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] “Yang Ni Saya Kenal Sangat”- Didakwa Disindir Bella Astillah, Ini Jawapan Sophia Albarakbah

by Nurul A.
August 4, 2025
Foto - @sophiekoshka (IG)

Foto - @sophiekoshka (IG)

Share on Facebook

Semalam berlangsungnya anugerah berprestij, Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025). Dalam banyak-banyak anugerah yang disampaikan, ramai yang lebih tertumpu melihat interaksi antara penyanyi Bella Astillah dan aktres Sophia Albarakbah.

Sophia Albarakbah atau nama sebenarnya, Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, didakwa telah disindir oleh Bella ketika diumumkan sebagai pemenang bagi kategori “Selebriti Feminin Terhangat”.

View this post on Instagram

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

Ketika menyampaikan anugerah kategori tersebut, Bella yang muncul bersama Ahli Parlimen Syed Saddiq, kelihatan kurang selesa ketika menyebut nama Sophia sebagai pemenang. Situasi tersebut mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penonton mengenai hubungan sebenar antara Bella dan Sophia apabila melihat suasana menjadi sangat kekok.

“Yang ni, yang ni saya kenal sangat… Sophia.”

@ammxrhxlm_

Artis Feminin Terhangat Melodi, Tahniah Sophia! 🔥 #AnugerahMelodiTerhangat #AnugerahMelodiTerhangat2025 #AMT2025 #BellaAstillah #SophiaAlBarakbah #fyp #fypシ゚ #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – ammarhalim_ – ammarhalim_

Memetik kata-kata Sophia daripada Utusan, aktres itu mengatakan sebaliknya. Dia tidak melihat situasi itu sebagai satu sindiran terhadapnya, malah menganggap Bella mempunyai caranya tersendiri ketika menyampaikan anugerah itu.

“Bagi saya, okey sahaja. Kami berada dalam industri sama, jadi tak perlu pun nak fikir bukan-bukan. Saya langsung tak rasa disindir, mungkin itu cara Bella menyampaikan anugerah.”

View this post on Instagram

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

Pada masa yang sama, Sophia turut menyatakan kemenangannya itu sebagai satu situasi yang tidak dijangka sambil meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang.

“Terus terang, saya masih dalam dalam fasa terkejut sebab tak sangka boleh menang. Saya tak pernah rasa diri saya yang paling feminin.”

View this post on Instagram

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah)

Walaupun Sophia sudah menjelaskan keadaan sebenar, orang ramai terutamanya penonton tetap melihat kedinginan dan kejanggalan situasi tersebut. Ada yang menyatakan bahawa ‘perang dingin’ antara Bella dan Sophia belum lagi berakhir apabila penyanyi itu tidak bersalam dan memandang wajah aktres itu ketika menyerahkan trofi.

Sekadar info, Sophia Albarakbah pernah dikaitkan sebagai orang ketiga dalam kemelut rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah sekitar Januari tahun lalu.

Bella Astillah Sanggup Habis RM500 Demi Lee Min Ho, Syed Saddiq Sindir ‘Tatapan 5 Saat’
aliff azizBella AstillahSophia AlBarakbahsyed saddiq
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  3. 3

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  4. 4

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  5. 5

    Uqasha Tepis Dakwaan Gelaran ‘Datuk’ Adik Ipar Dibeli, Dedah Status Kerabat & Sumbangan Hartanah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem