Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Vietjet Hidupkan Semula SkyBoss, 3 Sebab Kaki Travel Akan Rasa “Ini Berbaloi”

by Phic ARMAN
January 6, 2026
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagi mereka yang kerap terbang, pengalaman perjalanan lama-kelamaan mengajar satu perkara penting.  Bukan semua penerbangan tentang sampai cepat. Ada masanya, yang kita mahukan hanyalah perjalanan yang tenang, teratur dan tidak memenatkan emosi. Inilah yang cuba dibawakan semula oleh Vietjet menerusi pengenalan kembali SkyBoss, kelas tambang premium khas buat penumpang Malaysia bagi laluan terus ke Vietnam.

SkyBoss kini ditawarkan untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hanoi, Ho Chi Minh City dan Da Nang, menjadikan perjalanan kerja atau percutian terasa lebih kemas sejak langkah pertama di lapangan terbang.

1. Perjalanan bermula di lapangan terbang, bukan di udara sahaja

Berteraskan semangat “Wings for Leaders”, SkyBoss menjadikan pengalaman terbang lebih tersusun sebaik penumpang tiba di lapangan terbang. Daftar masuk, pemeriksaan keselamatan dan menaiki pesawat dilakukan secara keutamaan, satu kelegaan buat mereka yang menghargai masa dan tidak gemar beratur panjang.

Penumpang SkyBoss turut menikmati akses ke ruang menunggu premium

Bagi MURAI, inilah bentuk keselesaan sebenar. Tiada drama, tiada kelam-kabut. Perjalanan terasa lebih perlahan, lebih terkawal, dan jujurnya, lebih menyenangkan.

Lebih menarik, penumpang SkyBoss turut menikmati akses ke ruang menunggu premium, memberikan ruang untuk berehat, bekerja atau sekadar menarik nafas sebelum penerbangan bermula.

2. Hidangan dan layanan yang buat kita rasa “diuruskan dengan baik”

Di dalam pesawat, SkyBoss membawa pengalaman yang jarang ditawarkan dalam kelas tambang seumpamanya. Hidangan panas tanpa had disediakan segar sepanjang penerbangan, menampilkan rasa ikonik Vietnam seperti Pho, Banh Mi dan kopi susu Vietnam.

Bukan sekadar makan, tetapi satu pengalaman kecil yang membuatkan perjalanan terasa lebih peribadi. Ditambah pula dengan layanan kru kabin Vietjet yang mesra dan profesional, setiap perincian dijaga tanpa rasa dibuat-buat.

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

Kadangkala, perkara kecil inilah yang membuatkan penumpang turun dari pesawat dengan senyuman.

3. Harga premium yang masih masuk akal untuk kerap travel

Lebih daripada sekadar kelas tambang, SkyBoss mencerminkan pendekatan Vietjet terhadap perjalanan premium yang praktikal, selesa, cekap dan menyeluruh. Dengan tambang sehala bermula serendah RM520 termasuk cukai dan yuran, ia menawarkan nilai yang realistik, terutamanya buat mereka yang kerap berulang-alik atas urusan kerja atau merancang percutian yang lebih berkualiti.

Antara keistimewaan SkyBoss termasuk:

  • Had bagasi kabin sehingga 10kg
  • Had bagasi daftar masuk sehingga 30kg, termasuk satu set beg golf
  • Akses ke ruang menunggu premium (mengikut waktu operasi)
  • Daftar masuk, pemeriksaan keselamatan dan menaiki pesawat secara keutamaan*
  • Pemilihan tempat duduk keutamaan
  • Hidangan panas dan segar tanpa had sepanjang penerbangan
  • Talian khidmat pelanggan khas: +84 1900 6896

*Tertakluk kepada kemudahan lapangan terbang

Lebih daripada kelas tambang, ini tentang perjalanan yang berjiwa

Bagi MURAI, SkyBoss bukan tentang kemewahan yang berlebihan. Ia tentang rasa dihargai, tentang perjalanan yang tidak mencuri tenaga, dan tentang pengalaman terbang yang akhirnya selari dengan gaya hidup hari ini, pantas, praktikal dan tetap berjiwa.

Dan untuk ‘kaki travel’, mungkin inilah peringatan bahawa terbang boleh jadi satu pengalaman yang menyenangkan, bukan sekadar rutin yang perlu dilalui.

SkyBossVietjet
https://lomp.at/b6e7i
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Jom Terjah Bazar Ramadan Selangor: Syurga Juadah Berbuka Yang Wajib Singgah!

by Farah Fatihah
March 7, 2026

Menjelang bulan Ramadan, pasti kalian mencari di mana bazar Ramadan Selangor yang tersohor dengan suasana semakin meriah dengan deretan bazar...

Read moreDetails
Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
Gambar: OfficialWebsite @Metime Bookcafe
LifeXplore

Kafe Ada Bilik Tidur? Ini Sebab MeTime Book Cafe Jadi Perhatian Ramai Di Petaling Jaya

by Farah Fatihah
April 11, 2026

MeTime Book Cafe ialah sebuah kafe berkonsepkan ruang rehat moden yang terletak di The Square, Jaya One, Petaling Jaya. Berbeza...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
Foto - masjidsrisendayanofficial (FB)
Islamik

Solat Fardu Boleh Qada’ Ketika Solat Terawih?- Ini Cara Senang & Mudah Nak Faham!

by Nurul A.
February 26, 2026

Ganti (Qada') solat fardu ketika solat terawih? Boleh ke? Tak dinafikan bila tibanya bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara