• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

Viral! Padmanaph Singh, Raja Termuda Di India Dan Masih Bujang

by Jash Lee
October 10, 2020
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, nama Maharaja Padmanaph Singh telah menarik perhatian seluruh dunia dek kerana kekayaannya yang luar biasa pada usia yang agak muda. Dia juga diramalkan akan menjadi raja jutawan yang termuda di India.

Bagi anda yang masih belum mengenali Padmanaph Singh yang memegang gelaran Maharaja Sawai Padmanaph Singh, beliau adalah ‘Raja’ Jaipur di sebuah bandar di wilayah barat laut India.

Walaupun bergelar raja, gelaran raja Padmanaph Singh masih tidak diiktiraf secara rasmi di India. Menurut The Guardian, perkara ini berlaku adalah kerana pada awal tahun 1970-an, penggubal undang-undang India secara rasmi tidak lagi mengiktirafkan gelaran monarki untuk negara itu. Walaupun itu yang terjadi, penduduk tempatan masih lagi menghormati gelaran yang dipegang oleh Padmanaph Singh.

via Pinterest

Raja muda yang berusia 22 tahun itu dilaporkan telah mengambil alih takhta pada tahun 2011 ketika datuknya, Sawai Man Singhji Bahadur meninggal dunia. Beliau dianggap sebagai “Maharaja terakhir” kerana beliau juga adalah orang terakhir yang menerima anugerah bagi gelaran tersebut sebelum negara itu berhenti mengiktiraf hak istimewa kerajaan di negara tersebut.

Sebagai anggota kerajaan, Padmanaph Singh sememangnya telah menjalani kehidupan mewah sejak beliau kecil lagi. Maharaja Padmanaph Singh bukan hanya memiliki gelaran Raja dan juga kekayaan tapi juga memiliki wajah yang tampan. Dia juga sering menjadi model untuk fesyen berjenama.

Untuk mengenali dengan lebih lagi tentang raja jutawan termuda ini, mari kita lihat beberapa fakta menarik tentang beliau.

Mendapat Pendidikan Di 4 Negara

via pinterest

Selain dari memegang gelaran raja yang kaya pada usia yang cukup muda, Padmanaph Singh juga pernah belajar di beberapa buah negara.

Dirinya sudah menempuhi alam pendidikan sejak berusia 4 tahun lagi. Pada masa itu, dia mendapat pendidikan di salah satu sekolah berasrama terbaik di India iaitu Mayo College di Ajmer.

Setelah menamatkan pengajian, Mahajara Padmanaph Singh melanjutkan pendidikannya di Millfield School di Somerset, England.

Setelah pulang dari England, lelaki yang digelar ‘Pacho’ itu pergi ke Amerika Syarikat untuk belajar seni liberal di Universiti New York.

Tidak hanya berhenti disitu, Padmanaph Singh juga mempelajari sejarah seni di Universiti Museology and Arts, Rome, Italy.

Hobinya Adalah Sukan Polo

via sparkpr.in

Raja muda ini sangat menyukai dan minat akan sukan polo. Kegemarannya terbukti ketika dia bergabung dalam pasukan Polo India.

Disamping itu, dia juga pernah memenangi Open Polo Club dan diisytiharkan sebagai pemenang termuda dalam pertandingan ini.

Pada usia 20 tahun, dia telah menjawat jawatan sebagai kapten pasukan Polo India pertama di England. Kemudian pada tahun 2018, namanya telah tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 kerana kehebatannya bermain sukan Polo.

Kerjaya Dalam Dunia Fesyen

via kompas

Selain menyukai sukan polo, ternyata Padmanabh Singh juga merupakan seorang model dan mempunyai pengalaman dalam dunia fesyen. Maharaja Padmanaph Singh selalu diminta untuk menjadi model bagi pelbagai acara fesyen jenama-jenama terkemuka di dunia. Lelaki berusia 22 tahun itu juga pernah membuat pertunjukan fesyen dan berjalan di atas pentas yang gah untuk jenama Dolce & Gabbana dan Giorgio Armani.

Suka Melancong

via IG

Maharaja Padmanaph Singh juga sangat gemar melancong ke seluruhi negara di dunia terutama ke tempat-tempat yang padanya sangat indah dan cantik. Bagi Padmanaph Singh sendiri, tujuan melancong bukan hanya untuk bersiar-siar tetapi juga dapat mengenali dan belajar dengan lebih dekat akan kepelbagaian budaya di seluruh dunia.

“Orang menganggap saya selalu melancong atau tinggal di luar negara, tetapi sebenarnya saya sangat menyayangi keluarga saya dan sangat mencintai Jaipur.” kata Padmanaph Singh ketika ditemuramah oleh Tatler Thailand.

Mengambil Berat Akan Isu Wanita

Walaupun masih terlalu muda dan kehidupannya juga sentiasa dikelilingi oleh kemewahan dan mempunyai hobi yang mahal, Maharaja Padmanaph Singh sudah memiliki semangat kepimpinan yang sangat baik. Dia sentiasa berusaha melindungi warisan nenek moyangnya dan sentiasa menjadi penyokong pendidikan wanita.

Di samping itu, dia juga banyak belajar mengenai masalah kaum wanita. Kerana perkara inilah yang diperjuangkan juga oleh ibu dan arwah neneknya.

“Saya berasal dari keluarga yang mempercayai hak yang sama untuk wanita. Jika wanita sentiasa diletakkan di bawah dan kita tidak dapat mengatasi masalah itu, maka kita tidak akan boleh pergi jauh.” kata Maharaja Padmanaph Singh lagi.

rajatermudaindia masihbujang medsos viral
https://lomp.at/xh4z4
Share10Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

“Saya Jenis Akan Buat Satu Watak Itu Jadi Ikonik” – Sharifah Sakinah Puas Hati Hasil Watak Yang Dilakonkan

by Puteri Alia
October 16, 2025

Sentiasa tampil dengan sisi berbeza dan tidak pernah takut mencabar kemampuan diri, itulah rahsia pelakon Sharifah Sakinah dalam mengekalkan momentum...

Read more
Lokal

[VIDEO] Adam Lee Kongsi Momen Romantis Beri Kejutan Buat Sweet Qismina, Lain Yang Netizen Terpegun!

Aktor, Adam Lee membuat perkongsian isitimewa ketika memberikan kejutan buat isterinya yang juga pelakon, Sweet Qismina sempena hari lahirnya yang...

Read more
by Naddy Joe
October 24, 2025
Lokal

Mahkamah Tolak Permohonan Saman RM1 Juta Terhadap Syarikat Fazura, Kes Tudung Akan Dibicarakan Penuh

Mahkamah Tinggi semalam menolak permohonan penghakiman terus dalam kes saman bernilai RM1 juta yang difailkan oleh syarikat pengeluar tudung, Obor...

Read more
by Puteri Alia
November 13, 2025
Lokal

Hadiah Terindah 11.11 – Najwa Latif Selamat Timang Anak Sulung Tepat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ketiga

Tiga tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Najwa Latif akhirnya menimang cahaya mata sulung hasil perkongsian hidup bersama suaminya yang juga...

Read more
by Puteri Alia
November 12, 2025
Lokal

[VIDEO] Peminat Teruja Lihat Telatah Fattah Amin & Amira Othman Bungkus Kunafa

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Amira Othman Bersama suami tercintanya iaitu Fattah Amin yang sedang bungkus kunafa semasa...

Read more
by Noah Ab
November 12, 2025
Lokal

24 Tahun Tanpa Bilik Sendiri, Syada Amzah Dedah Luka Privasi Yang Buatnya Tak Sedia Berkahwin Awal

Penyanyi dan pempengaruh, Syada Amzah, 27, mencuri perhatian ramai apabila secara terbuka mendedahkan sisi hidup yang jarang dikongsikan mana-mana selebriti...

Read more
by Puteri Alia
November 18, 2025
Lokal

Sweet Qismina Tak Sebut Nama Suami Di Pentas, Adam Lee Lebih Tenang Namun Netizen Pula Heboh

Pelakon Adam Lee tampil tenang dan matang ketika diminta mengulas mengenai isterinya, Sweet Qismina, yang tidak sempat menyebut namanya sewaktu...

Read more
by Puteri Alia
November 17, 2025
Lokal

Johan Tegas Harta Bukan Untuk Anak-Anak, Semua Usaha Demi Isteri Tercinta Ozlynn

Pelawak popular yang kini bergelar penyampai radio dan usahawan berjaya, Johan, menegaskan segala kerja keras dan titik peluh yang dilakukannya...

Read more
by Puteri Alia
October 20, 2025
Lokal

[VIDEO] Fazura Dikecam Netizen Gara-Gara Perkataan ‘SINGLE’-“Tolonglah Move On Netizen”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fazura yang berjumpa dengan Jennifer Thompson atau lebih dikenali sebagai 'Kak Jen' yang...

Read more
by Noah Ab
November 13, 2025
Lokal

Zizi Kirana Pertahan Haroqs, ‘Jangan Layan Netizen’- Isu Kriteria Isteri Idaman Terus Panas

Penyanyi dan selebriti versatil, Zizi Kirana tampil memberi nasihat penuh makna kepada pempengaruh dan peserta Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs,...

Read more
by Puteri Alia
November 21, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

  5. 5

    Tiga Beranak Slay Bawa Lagu ‘What’s Going On’, Di Putrajaya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore