Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Viu Terbitkan Filem Indonesia Pertamanya, `Kenapa Harus Bule’

by Phic ARMAN
March 23, 2018
Share on Facebook

Viu hari ini mengumumkan penerbitan filem Viu di Indonesia, “Kenapa Harus Bule.” Dengan Putri Ayudya memegang watak utama sebagai Pipin, filem ini berlatarkan Bali dan merupakan satira komik mengenai pencarian “Bule,” orang putih yang menjadi tumpuan Pipin.

Myra Suraryo, Ketua Pemasaran dan Jualan Iklan Indonesia menjelaskan,

“Viu berterusan melabur di dalam pelbagai format kandungan untuk menghasilkan filem tulen Indonesia yang menarik, sama ada berbentuk siri-siri episode atau filem. Menerusi kolaborasi kami dengan pengarah dan pasukan kreatif tempatan, kami menyediakan peluang, bimbingan mentor dan platform untuk mengenengahkan kreativiti mereka kepada audiens. Kami sangat teruja dengan Kenapa Harus Bule dan kami percaya mesej kuat filem ini akan dapat diserap oleh penonton.”

“Kenapa Harus Bule” adalah kolaborasi antara Viu dan Kalyana Shira Films & Good Sheep Productions. Ia diarahkan oleh Andri Cung dan diterbitkan oleh Nia Dinata. “Kenapa Harus Bule” adalah kisah unik mengenai bagaimana wanita moden Indonesia hari ini berupaya mengawal masa hadapannya, termasuk memilih pasangan hidup.

Kisah ini dipaparkan dengan pintar, penuh dengan situasi kelakar dan akan menyebabkan audiens tidak kering gusi dan pada masa yang sama, memikirkan impak pilihan-pilihan yang mereka buat.

Selain Putri Ayudya, barisan pelakon terkenal termasuk Cornelio Sunny, Michael Kho dan Natalius Chendana.

“Agak lama juga kali terakhir saya menonton filem yang memaparkan wanita moden sebagai watak utama yang pintar dan gigih, di sebalik cabaran yang dilaluinya di dalam kehidupan. Watak Pipin di sini juga sangat dekat di hati, hinggakan apabila Andri Cung menemui saya mengenai idea Kenapa Harus Bule, saya begitu teruja. Saya jemput Andri bertemu Viu untuk `menjual’ kisahnya. Kini ia menjadi sebuah filem!,’’ kata Nia Dinata, Produser filem “Kenapa Harus Bule.”

“Kenapa Harus Bule” akan ditayangkan di pawagam bermula 22 Mac 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai “Kenapa Harus Bule” boleh didapati daripada platform media sosial Viu iaitu Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, dan www.dramabanget.com.

Viu peneraju perkhidmatan Video OTT oleh PCCW dan Vuclip

Viu merupakan peneraju perkhidmatan Video OTT oleh PCCW dan Vuclip yang boleh didapati di 15 pasaran termasuk Hong Kong, Singapura, Malaysia, India, Indonesia, Filipina, Thailand dan negara-negara Timur Tengah seperti Bahrain, Mesir, Jordan, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan UAE. Penawaran nilai unik Viu iaitu program TV, filem dan filem tulen yang segar dan bersifat serantau dan premium tempatan, menghiburkan jutaan pengguna setiap hari. Perkhidmatannya boleh diakses menerusi app Viu secara percuma daripada  App Store dan Google Play, pada peranti disambung internet seperti telefon pintar dan tablet, selain web di www.viu.com.

Cornelio SunnyKenapa Harus BuleMichael Kho dan Natalius Chendana.Putri Ayudya
https://lomp.at/j9yr4
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Foto - @mimi.peri (IG)
Indonesia

[VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

by Nurul A.
March 6, 2026

Nampaknya video lama pempengaruh Indonesia, Mimi Peri menjadi tular sekali lagi. Menerusi video tersebut, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani,...

Read moreDetails
Foto - @loritayoung_mua (IG)
Indonesia

Manohara ‘Curhat’, Dedah Ibu Sering Jumpa Bomoh & Amal Ilmu Hitam

by Nurul A.
January 21, 2026

Model Indonesia, Manohara menjadi tular selepas mendedahkan kisah gelap masa lalunya bersama ibunya, Daisy Fajarina. Menerusi Instagram Strories, Manohara turut...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara