Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Mahu Bersinar Jauh Sebagai Penyanyi Solo, Wafahish Muncul Dengan Single Ikatan Kita

Semestinya Wafahish teruja, lagu ini turut membawa mesej cukup mendalam.

by Arsiqin Yusof
June 20, 2022
Share on Facebook

Penyanyi yang juga anggota Bahiyya Haneesa, Wafahish kini tampil dengan single terbaru berjudul Ikatan Kita. Dengan kemunculan single pertama sebagai penyanyi solo itu, Wafahish berharap agar namanya semakin menyerlah selepas ini.

Menurut Wafahish atau nama sebenarnya Nur Wafa Amira Hisamudin, takrifan cinta dalam sesebuah perhubungan perlukan komitmen yang berterusan. Tanpa usaha sebegitu, bahagia yang dicari pastinya bertukar samar.

Apalagi sekiranya bibit sayang itu terbit dari sebuah jalinan persahabatan, tentu sekali ada cabarannya tersendiri. Bagaimanapun, ia bukan penghalang buat seseorang untuk cuba luah rasa cinta yang terbuku dalam hati.

“Lagu Ikatan Kita mengisahkan sebuah persahabatan murni antara dua insan, jejaka dan wanita yang akhirnya menjadi renggang akibat terlalu lama memendam perasaan cinta. Kemudian disusuli pula dengan kehadiran kekasih baharu.

“Lagu ini adalah coretan hati yang menggambarkan sebuah perasaan tersirat. Ia menggamit kesedaran bahawa pentingnya untuk kita meluahkan perasaan hati dan berkomunikasi antara satu sama lain demi mencapai kebahagiaan yang hakiki,” katanya.

Via Instagram – Wafahish

Ada Cabaran Tersendiri

Kini tampil solo dan berdiri atas kaki sendiri, Wafahish tidak nafikan memang ada cabarannya bila menyanyi sendirian. Bagaimanapun, dia bersyukur apabila mendapat tunjuk ajar daripada orang berpengalaman untuk mengatasi setiap rasa gentarnya.

“Selalunya bila merakam lagu bersama Bahiyya Haneesa saya akan menyanyi beberapa bahagian solo sahaja. Tapi, kali ini saya menyanyi keseluruhan lirik lagu. Bagi saya agak sedikit mencabar dan mengambil masa yang agak lama untuk menghasilkan sebuah lagu penuh

“Mungkin saya masih cuba untuk menyesuaikan diri dan menimba pengalaman baharu. Mujur ada guru vokal, Cikgu Azrin dan Sharon Paul yang memberi tunjuk ajar dalam pembikinan lagu Ikatan Kita,” katanya.

Wafahish akui dia juga sebenarnya sudah lama bercita-cita untuk menulis lagu sendiri. Baginya, sekarang adalah peluang dan permulaan yang terbaik untuk membina pengalaman dan menempa kerjaya dalam industri muzik.

“Semestinya pengalaman pembikinan lagu ini cukup baharu bagi saya. Saya perlu berusaha serap persekitaran dan daya usaha kena luar biasa apabila tampil solo. Tetapi, saya anggap ini proses pembelajaran bagi melentur bakat dan personaliti saya dalam dunia seni. Saya cuba untuk menghasilkan karya melalui sentuhan jiwa ramai dengan nyanyian lunak,” katanya lagi.

Kualiti & Mesra Pendengar

Di sebalik berdebar dengan langkah baharu sebagai penyanyi solo, Wafahish tidak gentar meletakkan sasaran tertentu untuk karier seninya. Baginya, pertaruhan lagu yang berkualiti serta mesra pendengar adalah fokus penting.

Bagaimanapun, dia juga percaya bahawa perjalanan sebagai penghibur perlu ada warna-warninya juga. Bukan sekadar tampil dengan personaliti yang menonjol, tapi pembawaan diri serta cerita yang disuntik dalam karya juga membantu besar.

“Memandangkan ini adalah lagu sulung saya, saya berharap lagu ini mendapat sambutan dan sokongan daripada pihak ramai. Saya mahu mesej lagu ini dapat diterima dan difahami dengan mudah.

“Konteks lagu ini juga bukanlah berpaut pada satu jalan cerita sahaja. Tetapi, setiap orang mempunyai kisah perhubungannya tersendiri yang mungkin boleh diselarikan dengan nada dan irama lagu ini.

“Semoga lagu ini mampu menyentuh hati ramai serta raih dan penerimaan menggalakkan pendengar, serta seluruh industri muzik kita. Sasaran saya adalah agar lagu ini akan mendapat tempat dalam hati peminat genre balada,” jelasnya.

Ikatan Kita kini boleh dimuat-turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih termasuk Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, YouTube & YouTube Music.

Wafahish
https://lomp.at/56m3j
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang melakukan 'cover' sebuah...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Sajat Menari Seksi, Undang Teguran Netizen!-“Bulan Puasa Ni, Kamu Tu Islam…”

by Naddy Joe
March 3, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat kembali mencetuskan pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini. Menerusi video...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara