Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Wajib Beli! Ini Antara Baju Raya Yang Menjadi Kegemaran Rakyat Malaysia

by Jash Lee
May 17, 2020
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Dengan tarikh yang semakin hampir, semua umat islam sibuk membuat persiapan hari bahagia yang bakal menjelma, Hari Raya Aidilfitri.

Ini bererti akan banyak perancangan  pembersihan, pengubahsuaian, persiapan menyediakan biskut raya dan perbelanjaan yang akan dilakukan selain berpuasa di bulan Ramadhan. Masa inilah masa yang paling menggembirakan!

via JuiceOnline

Tentu saja para peruncit, pereka pakaian dan kedai-kedai tekstil juga berkongsi kegembiraan yang sama.

Kenapa? Kerana mereka juga sedang bersiap untuk musim perayaan yang bakal menjelang tiba. Apa yang lebih penting lagi, mereka menjangkakan ramai pengunjung dan rombongan ahli keluarga dan rakan taulan yang akan menyerbu kedai mereka. Ini sesuatu yang menggembirakan bukan?

via DiaryMama

Yang menimbulkan pertanyaan, adakah anda sudah mulai membeli pakaian raya?

Walaupun pada yang bukan muslim, adakah anda juga memilih sesuatu untuk dipakai ketika menghadiri majlis terbuka sahabat anda?

Pasti jawapannya ‘YA’ bukan? Hari raya adalah masa untuk menikmati, meraikan dan mengunjungi keluarga, sanak saudara dan rakan taulan dan juga memakai pakaian yang baru dengan warna dan corak yang menarik dan pelbagai.

Masing-masing menggayakan pakaian seperti baju kurung, ada yang berkebaya, bagi kaum adam pula, ada yang berbaju melayu segak bergaya dan tak kurang juga yang berjubah atau memakai kurta.

Menarik sangat! Bagi yang bukan muslim, jika anda pernah menghadiri majlis rumah terbuka raya atau majlis perkahwinan orang melayu, kemungkinan besar anda sudah tahu akan pakaian tradisional rasmi orang melayu. Tetapi trend sekarang telah banyak berubah, terdapat pelbagai gaya raya yang bakal digayakan.

Antara pakaian raya yang sentiasa digayakan adalah seperti

1) Baju Kurung

via Pinterest

Baju kurung ialah pakaian tradisional wanita melayu. Elegan dan manis, baju kurung adalah antara baju yang wajib setiap wanita ada di dalam almari. Pakaian tradisional ini tidak akan lapuk ditelan zaman. Baju kurung adalah pakaian yang sesuai digayakan untuk apa jua majlis. Rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya.

Selain dari potongan dan bentuknya, untuk mendapatkan hasil yang lebih moden dan kreatif, baju kurung juga boleh dihiasi dengan sulaman, kerawang, manik atau labuci. Terdapat banyak pilihan material juga antaranya satin, chiffon, cotton, sutera, batik dan banyak lagi.

Kini banyak kurung divariasikan dengna pelbagai pilihan seperti baju kurung moden, pesak, kedah dan sebagainya. Namun rekaannya masih sama, ia tetap antara pilihan yang manis dan selesa dipakai selain menampakkan kesopanan si pemakai dan keunggulan budaya Melayu.

2) Baju Kebaya

via HabraHaute

Baju kebaya ialah pakaian tradisional yang diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan dengan sarung, batik atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif yang berwarna warni. Daripada kebaya tradisional, kini baju kebaya dapat dimodifikasikan dengan pelbagai gaya dan pembaharuan.

Boleh dipadankan dengan sarung dan kasut manik yang cantik atau boleh dijadikan pakaian yang lebih moden dan sesuai digayakan bersama seluar jeans. Baju kebaya adalah pakaian tradisional yang sangat terkenal untuk semua wanita dan terdapat banyak pilihan seperti baju kebaya riau, kebaya panjang, kebaya nyonya, kebaya saloma dan bermacam lagi.

3) Kaftan

via Tokopedia

Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai wanita yang mula mengenakan trend untuk memakai pakaian yang longgar dan selesa seperti kaftan. Semua peringkat usia sesuai menggayakan pakaian ini.

Pakaian ini juga dapat melindungi bahagian tubuh yang menjengkelkan dan kurang sedap mata memandang. Potongan-potongan yang kelihatan anggun ini sering terdapat dalam cetakan batik atau sangat dipengaruhi oleh reka bentuk bunga dan abstrak dan kaftan juga boleh didapati dari kain jenis chiffon, sutera dan viskosa. Kaftan adalah pakaian yang sangat sesuai dengan cuaca panas di negara kita.

4) Baju Melayu

via Habibi

Baju Melayu adalah pakaian tradisional untuk kaum lelaki. Dimusim perayaan, baju melayu biasanya akan dipadankan bersama kain samping yang kebanyakannya diperbuat daripada songket atau kain sarung. Songkok juga dipakai bagi melengkapkan pakaian dan kelihatan lebih berseri.

Terdapat 2 jenis baju melayu iaitu baju melayu cekak musang dan baju melayu teluk belanga. Baju melayu amat sesuai dipakai di pagi raya dan juga untuk majlis-majlis rasmi.

Semua jenis baju kurung, baju kebaya atau baju melayu lebih selesa jika dijahit sendiri dan material yang dipilih juga adalah mengikut citarasa kita sendiri. Tapi rasanya sekarang ni, tukang jahit sudah tidak lagi menerima tempahan kerana musim perayaan sudah semakin hampir.

Namun, anda jangan risau dan kecewa! Berikut adalah antara beberapa tempat yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan pakaian raya untuk digayakan di pagi raya nanti.

  1. Jalan Tuanku Abdul Rahman
  2. Sogo
  3. Kenanga Wholesale City Mall
  4. Ampang Point Shopping Centre
  5. Jalan Masjid India

Banyak lagi tempat yang anda boleh kunjungi. Yang pasti kita bergaya dengan pakaian baru di pagi raya. Jangan lupa bersolek juga ya tapi jangan pula berlebihan.

Semoga Berjaya dan Bergaya Di Pagi Raya!

bergayaraya fesyenhari raya aidilfitri
https://lomp.at/trhtf
Share7Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @bulan_ramadhan2026_ (IG)
Islamik

6 Perkara Yang Kamu Perlukan Sebagai Persediaan Menyambut Bulan Ramadan

by Nurul A.
February 17, 2026

Tak dinafikan ramai yang teruja dan tidak sabar menantikan bulan Ramadan. Selain dapat memberi perhatian pada ibadah, orang Islam juga...

Read moreDetails
Foto - @masjidsrisendayanofficial (IG)
Islamik

Paling Mudah & Ringkas, Ini Cara Solat Sunat Witir (3 Rakaat 2 Salam)

by Nurul A.
February 24, 2026

Bila bercakap soal solat sunat witir, MURAI yakin ramai yang akan kaitkan solat sunat ini dengan solat terawih semasa bulan...

Read moreDetails
Foto - @kurma_jogja (IG)
Islamik

7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

by Nurul A.
February 20, 2026

Penting untuk kamu tahu, buah kurma bukan sahaja sunnah tetapi ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan dapat memberikan tenaga...

Read moreDetails
Fesyen

Koleksi Raya Malabar Gold & Diamonds: Inspirasi 14 Negara Yang Buatkan Anda Jatuh Hati

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Raya tahun ni, MURAI telahpun tengok sendiri koleksi Hari Raya 2026 Malabar Gold & Diamonds, memang tak boleh pandang sebelah...

Read moreDetails
Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    [VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore