Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Wajib Pergi, Tempat Dating Percuma Sekitar Lembah Klang 2023

by Soph Azz
January 13, 2023
Foto - Foursquare / The Rakyat Post

Foto - Foursquare / The Rakyat Post

Share on Facebook

Tak kiralah sama ada kamu ada duit yang cukup atau pun tidak, sekali-sekala tak salah kalau nak berdating tanpa menggunakan duit. Di Lembah Klang, ada banyak perkara yang best dan menyeronokkan untuk kamu dan pasangan berdating secara percuma.

Nak tahu? Scroll dan lihat tempat dating percuma di bawah…

Taman KLCC 

Foto – The Rakyat Post

Di Lembah Klang memang ada banyak taman tetapi antara taman yang popular dan selalu penuh dengan orang adalah Taman KLCC. Bila ke sini, jangan lupa bawa makanan kerana kamu boleh berkelah di bawah pokok-pokok rendang sambil melihat pemandangan KLCC dengan si dia.

Free Tree Society 

Buat yang tidak tahu, Free Tree Society (FTS) ini adalah sukarela pekebun yang mahu membantu menjaga tumbuhan dan membesarkannya. Caranya adalah ambil benih, tanam, jaga.

Foto – Urban Biodiversity Initiative

Sambil berdating, kamu boleh pelajari cara untuk menanam dan menjaga tumbuhan dengan betul. Setiap satu sesi berlangsung sekitar 2-4 jam dan semua alatan kebun disediakan. [TEKAN SINI]

KLCC Symphony

Foto – Suria KLCC

Kalau kamu membeli-belah di Suria Mall KLCC pada waktu malam, jangan lupa untuk pergi ke KLCC Symphony. Dekat sini kamu boleh tengok pertunjukan air pancut percuma di kolam KLCC sekitar jam 7-10 malam.

Balai Seni Negara

Foto – Balai Seni Negara (FB)

Tak dinafikan di Kuala Lumpur ada banyak muzium percuma seperti Galeri Ilham, Galeri Petronas dan banyak lagi. Tapi kali ini, Miss Murai nak kamu kunjungi Balai Seni Negara kerana di sini ada banyak karya seni, teater dan banyak lagi. Semua percuma tau!

Bukit Antarabangsa 

Foto – Jom Jalan

Bergerak jauh daripada kesibukan bandar dengan melihat pemandangan matahari terbenam di Bukit Antarabangsa. Datang ke sini pastikan kamu bawa tikar, sedikit makanan dan ubat penghalau nyamuk tau.

Sekali sekala tak keluarkan duit banyak ketika berdating bukanlah tandanya kedekut tau!

port dating kltempat dating kltempat dating percuma
https://lomp.at/5ma76
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Peluang Emas Naik Disney Cruise Bersama Shah Rukh Khan

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda peminat Disney, ini berita panas dari laut! Disney Cruise Line baru saja umumkan satu pengalaman baharu yang super...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara