Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

‘Wanita Besi’ Menceritakan Kisah Peribadi Yuna Zarai Yang Wajib Ditonton

by Ayden Mikhael
June 23, 2018
Share on Facebook

Penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna memberitahu dia berasa malu untuk berkongsi kisah peribadinya kepada umum apabila dia bersetuju melibatkan diri dalam sebuah filem pendek untuk produk Pantene berjudul Wanita Besi dan filem pendek tersebut berdurasi 10 minit itu bakal dilancarkan pada 25 Jun ini di laman YouTube.

Yuna atau Yunalis Zarai bagaimanapun berkata dia bersetuju untuk menceritakan mengenai kisah zaman persekolahan dan pembabitannya dalam bidang seni kerana Wanita Besi menampilkan sisi berbeza dan bukan mengisahkan jalan cerita yang tipikal.

https://www.instagram.com/p/BkUb1ncA5Sc/?taken-by=yunamusic

“Filem pendek tersebut dibuat khas untuk produk Pantene. Saya menceritakan sedikit pengalaman peribadi saya, sebagai contoh kisah saya ketika di waktu persekolahan dan waktu mula mahu menceburkan diri dalam bidang hiburan.

“Saya ceritakan kisah ketika di zaman persekolahan sewaktu saya gemar menulis lirik dan suka berangan dalam kelas, ada juga kisah ada pihak yang menyuruh saya menanggalkan tudung jika saya mahu berjaya dalam bidang hiburan.

“Saya kumpulkan kisah tersebut dan ia diceritakan dalam Wanita Besi dan saya harap ia dapat menjadi inspirasi untuk wanita di luar sana,” kata Yuna Kepada Astro Awani.

Bercakap mengenai karier muziknya, Yuna memberitahu album terbaharunya sudah hampir 80 peratus siap dan dijangka berada di pasaran pada penghujung tahun ini. murai.my mengucapkan tahniah atas pencapaian Yuna, mana tahu lepas ni boleh jadi pelakon pula? Mari kita nantikan.

Topik Berkaitan Jejak Yuna: Dari MySpace ke Billboard, Ini 5 Detik Yang Membina Legasinya

Sumber : Astro Awani

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Yunayuna zarai
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara