• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Wanita Ini Tidak Tidur Selama 40 Tahun. Ini Penjelasannya!

by Jash Lee
September 11, 2021
66
KONGSIAN
Share on Facebook

Tidur yang mencukupi merupakan satu keperluan yang sangat penting pada setiap manusia. Ini kerana, kita tidak akan dapat berjaga selama 24 jam tanpa merasa mengantuk dan ini juga akan membuatkan kita merasa lemah dan tidak bertenaga serta letih.

Namun lain pula yang terjadi kepada seorang wanita yang berasal dari China ini yang mendakwa dirinya tidak pernah tidur selama 40 tahun. Bahkan dia juga mengakui bahawa dia tidak pernah merasa letih apatah lagi mengantuk.

Wanita yang dikenali sebagai Li Zhanying telah mencuri perhatian ramai netizen apabila dia mengaku bahawa seingatnya, kali terakhir dia tidur ketika berusia lima hingga enam tahun. Perkara ini diakui juga oleh suaminya bahawa Li tidak pernah langsung tidur sepanjang dia hidup bersamanya. Menurutnya, isterinya juga sering melakukan kerja-kerja rumah pada waktu malam. Bimbang Li akan sakit, suaminya, Liu Suoquin membelikannya pil tidur namun ianya tidak langsung berhasil.

Li Zhanying merupakan penduduk Desa Zhongmou dan dia menjadi terkenal di kampungnya kerana kemampuannya untuk bertahan dan tidak tidur sepanjang hari dan malam. Jiran-jirannya cuba menguji kemampuannya dengan mengajak dia bermain kad pada waktu malam akhirnya mereka satu demi satu pulang kerana mengantuk.

Bantuan Dan Perubatan

via dnevno.hr

Kerana bimbang keadaan Li akan menjadi semakin buruk, dia dan suaminya cuba untuk mendapatkan bantuan perubatan. Namun, hasil dari beberapa kali pemeriksaan doktor menunjukkan tidak apa-apa keputusan yang mencurigakan. Pasangan ini juga memilih untuk mengunjungi pusat perubatan di Beijing untuk mengetahui penyakit misteri Li selama puluhan tahun tidak dapat tidur. Pasukan doktor memilih untuk melakukan pemeriksaan dengan menggunakan sensor canggih dan memantau keadaan Li selama 48 jam. Hasilnya telah membuatkan ramai yang terkejut kerana doktor membuat kesimpulan bahawa Li sebenarnya sedang tidur tetapi tidak seperti orang lain. Dari data yang diperolehi, pemantauan gelombang otak Li memang didapati tidur seperti orang biasa. Doktor juga menyatakan bahawa itu dipanggil sebagai tidur ketika terjaga atau sama seperti ‘sleepwalking‘ dimana beberapa saraf dan organ Li masih aktif semasa dia sedang tidur.

Ditipu Oleh Otak Sendiri

via faktualnews.hr

Doktor juga mengatakan bahawa Li telah ditipu oleh otaknya sendiri. Ini kerana, ketika dia beristirehat, sebahagian tubuh Li sebenarnya sudah tidak aktif, tetapi dia tidak menutup matanya seperti orang lain yang sedang tidur. Sebenanya, ketika dia bercakap dengan suaminya, Li Zhanying kadang-kadang telahpun mengalami pergerakan mata yang perlahan dan cenderung untuk terlelap. Ini juga menunjukkan bahawa ketika itu sebenarnya dia sedang tidur, tetapi dengan cara yang luar biasa sehinggakan Li selalu percaya bahawa dia tiduk tidur selama 40 tahun. Dia tidak dapat menghabiskan lebih dari sepuluh minit tidur dengan mata yang tertutup.

insomniaLiZhanying
https://lomp.at/d88x8
Share26Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore