Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

Ramalan Baju Raya 2026: Dua Warna Ini Bakal Trending! Siap Menggoda Mata Tahun Ini

by Phic ARMAN
January 26, 2026
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Syawal 2026 semakin menghampiri, dan bagi peminat fesyen Raya, soal warna baju pasti menjadi topik hangat. Ramalan dari pengusaha fesyen tempatan menunjukkan dua warna bakal mendominasi hari raya kali ini, teal dan emerald green.

Warna teal menyerlah dengan keanggunannya,  kombinasi biru dan hijau yang sejuk mata memandang tetapi tetap classy. Ia memberi vibe segar, elegan, dan sesuai untuk lelaki mahupun wanita. Sementara itu, emerald green pula tampil sebagai hijau zamrud yang kaya, mendalam, dan mewah. Bagi yang ingin kelihatan standout di hari raya tanpa terlalu menjerit, emerald green adalah pilihan ideal.

Adam, pengasas jenama fesyen Raya moden QHIAM, berkongsi pandangannya tentang trend ini:

“Dari apa yang saya boleh lihat, tahun ini ramai akan memilih warna-warna seperti teal dan emerald green.”

Tambah Adam, jualan secara online meningkat dengan ketara tahun ini.

“Ramai pelanggan suka tengok koleksi di platform digital, tapi bila datang showroom, mereka confirm terpikat dengan fabrik dan detail jahitan,” jelasnya.

Pengasas QHIAM Adam, bersma Haries Isa, Pengurus Jenama Dan Strategi

QHIAM Raya 2026: Koleksi Baharu & Ekspansi Jenama

Tahun ini QHIAM bukan sahaja memperkenalkan koleksi Raya 2026, tetapi juga mengembangkan jenama dengan showroom pertama di Shah Alam, diikuti kedai baru di Bangi, dan bakal membuka lokasi baharu di IOI City Mall, Putrajaya. Koleksi ini menandakan tahun yang penuh inspirasi, rekaan baharu, dan gaya abadi.

Noh Salleh Kembali Sebagai Wajah QHIAM

Untuk tahun kedua berturut-turut, Noh Salleh menjadi wajah rasmi jenama, melambangkan keaslian dan semangat kekeluargaan. Koleksi Nohstalgia Galur 2026 hadir dengan rekaan berpasangan untuk seisi keluarga — lelaki dewasa, wanita dewasa, dan kanak-kanak. Fabriknya lebih ringan, tetapi mengekalkan kualiti premium, memastikan keselesaan sepanjang musim perayaan.

Selesai Jalani Pembedahan, TokTi Saran Noh Salleh Berehat Seketika- "Rehat Dulu Jangan Buat Show"

Kurta Teman memperkenalkan enam rekaan baharu yang menggabungkan sentuhan moden dengan keindahan tradisional.

Artisan Teras Collection pula menonjolkan potongan klasik seperti pesak, kolar teluk belanga, dan lengan tiga suku, diperbuat daripada fabrik mewah campuran kapas-linen. Koleksi ini dipersembahkan oleh Amy Search, menekankan dedikasi QHIAM terhadap seni jahitan tradisional.

Sembilan rekaan samping eksklusif diperkenalkan untuk melengkapkan keseluruhan gaya lelaki Raya 2026. Bagi gadis muda, jenama adik Sendja hadir dengan 13 rekaan baharu, menampilkan gaya moden, segar, dan fleksibel. Dari kasual ke formal, koleksi ini memberi ruang untuk mengekspresikan identiti diri tanpa meninggalkan sentuhan tradisi Melayu.

Melihat sendiri rekaan Nohstalgia Galur 2026, Kurta Teman, Artisan Teras dan samping eksklusif membuat MURAI rasa, Raya kali ini bukan sahaja tentang fesyen, tetapi tentang pengalaman menyelami warna, fabrik dan potongan yang memberi memori manis setiap kali dipakai. Kalau Syawal 2026 nak tampil bergaya tapi classy, MURAI jamin teal dan emerald green memang pilihan paling tepat.

Dengan ekspansi QHIAM yang semakin dekat dengan pelanggan di Shah Alam, Bangi, dan bakal Putrajaya, pengalaman memilih baju Raya tahun ini pasti lebih lengkap, dari warna, fabrik, hingga gaya.

Noh SallehQHIAM
https://lomp.at/3it9z
Share14Tweet9SendShare

KINI TRENDING

Foto - KlikDokter
Tips

Khas Untuk ‘BuMil’ Di Bulan Ramadan, Ini 6 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Kamu!

by Nurul A.
February 21, 2026

Bulan Ramadan telah tiba, namun ada beberapa golongan yang diberi kelonggaran oleh Allah S.W.T untuk tidak berpuasa, seperti wanita hamil...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Gambar: Instagram @immersifykl
LifeXplore

WOW! Terokai Dunia Fantasi & Seni Interaktif di Kuala Lumpur, Immersify KL

by Farah Fatihah
February 3, 2026

Tak sangka, di tengah bandar ada galeri yang penuh seni, cahaya, dan teknologi sehingga buat kalian rasa macam masuk ke...

Read moreDetails
Hotel

Marriott Bonvoy Dipilih Sebagai Rakan Hotel Rasmi FIFA World Cup 2026

by Phic ARMAN
January 17, 2026

Marriott Bonvoy, rangkaian yang menaungi lebih 30 jenama hotel terkemuka dunia, kini mengesahkan kerjasama rasmi bersama FIFA World Cup 2026...

Read moreDetails
LifeXplore

Rahsia Di Sebalik 1.71 KM Batik Hiasi Suria KLCC, Bukan ‘Designer’ Biasa-Biasa!

by Phic ARMAN
March 7, 2026

Sambutan Raya di Suria KLCC tahun ini tampil dengan kejutan yang bukan sekadar dekorasi biasa. Di sebalik paparan indah 1,710...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara