• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Wow! Ini 10 Bazar Ramadan Terbaik Sekitar Negeri Selangor – Edisi Tahun 2022!

by Aphit J.
April 10, 2022
Share on Facebook

Tentunya, kedatangan bulan Ramadan yang mulia kali ini disambut meriah oleh seluruh umat Islam. Selain dari memperbanyak amal dan ibadah, bulan Ramadan juga sinonim dengan bazar yang menjual pelbagai jenis juadah berbuka puasa.

Jom lihat senarai bazar Ramadan terbaik yang boleh anda kunjungi di Negeri Selangor untuk menu berbuka puasa yang pastinya membuatkan anda rambang mata!

Bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam

via Tourism Selangor

Siapa yang tidak tahu tentang bazar Ramadan Seksyen 13, Shah Alam yang terkenal? Menawarkan pelbagai jenis hidangan dan bazar ini juga menyediakan tempat letak kenderaan yang teratur dan selamat.

Alamat : Tapak Pakir E1 E2 Stadium Shah Alam 40100 Shah Alam, Selangor.

Bazar Taman Melawati

via Tourism Selangor

Bazar Ramadan Taman Melawati yang memenuhi tempat letak kereta yang luas ini merupakan salah satu bazar terbesar di Lembah Klang.

Sebut sahaja menu yang anda mahukan, segala-galanya daripada kuih muih hinggalah kepada roti bom, ayam percik, nasi lemak, tauhu bakar, pasta, dan banyak lagi ada di sini.

Alamat : Bazar Melawati, Jalan Negara, Taman Melawati, Selangor.

Bazar USJ 4, Subang Jaya

via Tourism Selangor

Bazar Ramadhan USJ 4 mempunyai jumlah gerai yang menepati semua citarasa berbuka puasa anda. Selain itu, aroma ikan bakar yang menyapa anda ketika memasuki bazar pasti akan menggamit selera.

Jika anda sedang mencari lauk-pauk untuk disajikan bersama hidangan nasi anda, terdapat banyak pilihan di sini untuk anda cuba!

Alamat : Jalan USJ 4/5, Usj 4, 47600 Subang Jaya, Selangor.

Bazar SS6/1, Kelana Jaya

via Tourism Selangor

Bazar Ramadan SS6/1, Kelana Jaya terkenal dengan pelbagai jenis gerainya. Antara hidangan mereka yang paling popular dan diperkatakan termasuklah Nasi Ambeng yang disertakan dengan ayam goreng, ayam soya atau rendang daging.

Terdapat juga pelbagai gerai minuman di sini, seperti gerai jus tembikai, yang akan menghilangkan dahaga selepas seharian berpuasa.

Alamat : Jalan SS 6/1, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor.

Bazar Ramadan Greenwood, Gombak

via Tourism Selangor

Bazar Ramadan yang terletak di Greenwood, Gombak ini juga menjadi kawasan pilihan mereka yang ingin merasai keunikan hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan.

Antaranya, popia basah, nasi kerabu, ayam bakar, ikan bakar dan pelbagai jenis kuih muih kegemaran anda.

Alamat : Greenwood, 68100 Batu Caves, Selangor.

Bazar Bandar Baru Selayang

via Tourism Selangor

Walaupun ada hidangan nasi yang mengenyangkan, anda juga harus nikmati hidangan pencuci mulut yang ditawarkan di bazar Ramadan Bandar Baru Selayang. Selain itu, hidangan ringan seperti apam balik, kuih-muih dan churros turut dijual di sini.

Alamat : Bandar Baru Selayang 68100 Batu Caves, Selangor.

Bazar Ramadan Simpang 4, Klang

via Tourism Selangor

Bazar Ramadan Simpang 4, Klang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana orang ramai dari segenap kawasan sanggup memandu ke sini bagi mendapatkan juadah berbuka puasa.

Bukan apa, mereka sudah sedia maklum dengan keenakan makanan dan minuman yang dijual di sini. Selain itu, kesabaran juga penting kerana juadah-juadah disini dikatakan laris sehingga perlu beratur panjang.

Address : Teluk Pulai (Simpang Empat) 41250 Klang, Selangor.

Bazar Seksyen 7, Bandar Baru Bangi

via Tourism Selangor

Terdapat beberapa bazar Ramadan di Bangi yang boleh anda kunjungi. Salah satu yang paling terkenal terletak di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Terdapat banyak pilihan makanan dan minuman di sini, tetapi antara yang paling digemari ramai ialah nasi kerabu, ayam golek, dan popia basah.

Address : Seksyen 7 (Jln 7/7 B) 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Bazar Seksyen 17/1A, Petaling Jaya

via Tourism Selangor

Anda pasti akan berasa seronok mengunjungi bazar Ramadan Seksyen 17/1A, Petaling Jaya jika anda tidak pasti untuk berbuka dengan menu apa apa bulan puasa.

Juadah seperti Roti john, ayam claypot, dan kuih tepung pelita antara juadah yang banyak boleh didapati di bazar ini. Pilih sahaja dari gerai mana!

Address : 92, Jalan 17/1a, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor.

Bazar Ramadan TTDI Grove

via Tourism Selangor

Bazar Ramadan TTDI tidak asing lagi bagi warga kota yang ingin mencari juadah lazat seperti nasi tomato, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi padang dan pulut udang. Ini kerana makanan yang dijual adalah berkualiti dan harganya juga berpatutan.

Selain itu, lokasi bazar ini yang strategik juga menjadi salah satu nilai-tambah pada bazar ini.

Address : Jalan TTI Grove, 43000, Kajang, Selangor.

Bazar Ramadan 2022
https://lomp.at/ivd5e
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via @Tripadvisor
Destinasi

Teroka Kellie’s Castle Batu Gajah – Istana Bersejarah Yang ‘Tak Sempat Siap’ & Penuh Misteri

by Farah Fatihah
January 1, 2026

Kalau bercuti ke Perak, satu lokasi bersejarah yang wajib masuk dalam senarai ialah Kellie’s Castle di Batu Gajah. Terletak di...

Read moreDetails
via AI Generated
Destinasi

Dato’ Onn Hafiz Tinjau Taman Awam Teluk Danga, Bakal Dibuka Februari 2026 – Tempat Baharu Santai di Johor Bahru

by Farah Fatihah
December 31, 2025

Kalau Johor sering jadi pilihan untuk short getaway, lepas ini satu lagi lokasi santai boleh masuk dalam senarai. Johor Bahru...

Read moreDetails
via Grok
Jalan-Jalan

Beli Dua Kerusi Dalam Flight, Tapi Dipersoal Penumpang Lain,- “Salahkah Mahu Selesa?”

by Iffah Najwa
January 7, 2026

Satu perkongsian tular di Thread baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat apabila seorang penumpang berkongsi pengalaman disoal penumpang lain hanya kerana...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Berita

AirAsiaX Selesai Pengambilalihan & Ini 3 Fakta Yang Perlu Anda Faham

by Phic ARMAN
January 19, 2026

AirAsiaX baru sahaja menyelesaikan pengambilalihan AirAsia Berhad (AAB) dan AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) daripada Capital A. Langkah ini bukan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] “Cantiknya Anak Awie”- Wajah Arni Nazira Zaman Muda Kembali Jadi Sebutan

  2. 2

    Didakwa Halang Pengguna Kerusi Roda Masuk Premis, Tindakan Butik Undang Perdebatan

  3. 3

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  4. 4

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  5. 5

    RM17 Juta ‘Ang Pow’ Kerajaan Johor Untuk Komuniti Cina Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore