Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Haris Ismail Beri Teguran ‘Pedas’ Kepada Netizen, Tapi Tak Pasal-pasal Kena Balik Nasihat

by Phic ARMAN
January 28, 2026
85
KONGSIAN
Share on Facebook

Di media sosial sekarang, semua benda boleh jadi bahan ulas. Belum sempat isu reda, muncul pula “pendakwah keyboard” yang rasa diri paling betul. Tapi kali ini, teguran tegas daripada pendakwah dan figura terkenal, Haris Ismail, suami kepada Neelofa membuatkan ramai tersentak.

MURAI sendiri baca, terus angguk. Keras, tapi memang kena pada tempatnya.

Haris memuat naik satu bebenang di platform THREADS  dengan nada yang jelas menunjukkan rasa kecewa melihat budaya “komen dulu, fikir kemudian”. Antara kata-katanya yang paling mengena:

“Macam-macam sekarang ni.
Semua pakat nak comment.
Tapi nak tanya juga…
Anak 10 tahun alif bata tak kenai lagi.
Bini aurat pun tak tahu lagi mana satu.
Nafkah jauh tertunggak.
Yang mungkar kita cegah,
Tapi yang lebih aula (utama) jangan kita abai.”

MURAI baca pun rasa macam kena batang hidung masyarakat hari ini.

Teguran Ini Bukan ‘Shade’, Tapi Reality Check

Dari sudut pandang MURAI, apa yang Haris tekankan ni bukan sekadar sindiran. Ia lebih kepada wake-up call untuk semua yang sibuk menegur orang lain, sedangkan tanggungjawab sendiri masih tunggang-langgang. Namun respon dari netizen ada yang diluar jangkaan.

Kita boleh nampak trend hari ini,  isu agama jadi topik panas, semua nak bagi input. Tapi bila tengok realiti:

• Anak pun belum diajar asas mengaji.
• Isteri pun belum dipimpin bab aurat.
• Nafkah pun entah berapa bulan tertunggak.

Haris mengingatkan, menegur itu betul. Tapi prioriti kena tepat. Asas rumah tangga dan agama dalam keluarga sendiri adalah kewajipan paling utama sebelum kita sibuk membetulkan orang lain. MURAI pun setuju, banyak yang nak jadi “penasihat” di internet, tapi lupa peranan sebagai ibu bapa, pasangan atau ketua keluarga.

[VIDEO] Neelofa Kongsi Suasana Majlis Perkahwinan Aisyah Aziz Di Singapore, Curi Perhatian Ramai!

Gaya Haris kali ini memang straight to the point. Tak balut dengan ayat manis. Tapi mesejnya jelas:

“Yang utama jangan diabaikan. Yang wajib jangan ditinggalkan. Jangan sibuk mengurus salah orang, tapi gagal membetulkan dalam rumah sendiri.”

Buat yang belum kenal, Haris bukan sekadar figura media sosial. Beliau adalah seorang pendakwah dan aktivis dakwah, sering memberi tazkirah dan panduan agama dengan pendekatan yang mudah difahami masyarakat moden. Dengan latar belakang pendidikan agama yang kukuh dan pengalaman luas dalam komuniti dakwah, Haris memang dikenali sebagai seorang yang tegas, tapi berpandangan praktikal tentang kehidupan berkeluarga dan tanggungjawab sosial.

haris ismail
https://lomp.at/tihrd
Share34Tweet21SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Balik Kampung CNY Lebih Jimat, Diskaun Tol 50% Bermula 14 Februari ini

by Ayu Kamaruddin
February 12, 2026

Berita baik untuk rakyat Malaysia yang bakal pulang beraya Tahun Baharu Cina nanti, kerajaan mengumumkan diskaun tol 50% bagi Kenderaan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dulu Dipuji… Ini Kisah Di Sebalik Nama Vikneswaran Yang Mencetuskan Tanda Tanya

by Phic ARMAN
March 3, 2026

Daripada dikenali sebagai individu yang bersungguh mahu mendalami agama, kini namanya terheret dalam satu kes yang mendapat perhatian negara. Kes...

Read moreDetails
via Instagram Siti Nurhaliza
Sosial Buzz

Video Siti Nurhaliza Di Giant Jadi Perbualan, Netizen Seloroh B40 & M40 Pula ‘Acah Premium’?

by Zaidin Albert
February 19, 2026

Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza memang tak pernah lekang daripada perhatian. Apa saja yang dilakukan Biduanita Negara ini pasti jadi...

Read moreDetails
Insentif

Rezeki Raya Penjawat Awam Pahang, Bantuan Khas RM1,000 Bakal Dikreditkan

by Ayu Kamaruddin
March 5, 2026

Kerajaan Pahang mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri 2026 sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam negeri sebagai tanda penghargaan terhadap khidmat...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara