Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Balik Kampung CNY Lebih Jimat, Diskaun Tol 50% Bermula 14 Februari ini

by Ayu Kamaruddin
February 12, 2026
31
KONGSIAN
Share on Facebook

Berita baik untuk rakyat Malaysia yang bakal pulang beraya Tahun Baharu Cina nanti, kerajaan mengumumkan diskaun tol 50% bagi Kenderaan Kelas 1 (persendirian) sempena perayaan tersebut.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah prihatin bagi membantu meringankan kos perjalanan orang ramai, khususnya mereka yang merancang perjalanan jauh untuk bersama keluarga tersayang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan hari ini, berkata keputusan itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam selaras dengan usaha kerajaan menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum serta agama.

“Pelaksanaan diskaun akan bermula pada 12.01 tengah malam 14 Februari dan berakhir pada 11.59 malam 15 Februari. Diskaun ini diharap dapat meringankan kos perjalanan rakyat yang pulang ke kampung atau bercuti sempena perayaan itu serta menjelang Ramadan” katanya.

GPS sokong kerajaan PN, semua pihak hentikan polemik politik - Utusan Malaysia
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Tempoh Diskaun Tol

Diskaun ini akan berkuat kuasa selama dua hari sahaja:

  • 14 Februari 2026 pada 12.01 tengah malam hingga 15 Februari 2026 iaitu 11.59 malam

Jadi, siapa yang plan nak gerak awal atau balik selepas sambutan, boleh susun jadual perjalanan sebaiknya.

Siapa Yang Layak?

Diskaun 50% ini diberikan kepada:

  • Kenderaan Kelas 1 (persendirian)
  • Tidak melibatkan kenderaan komersial atau kelas lain.

Guna Touch ‘n Go & RFID? Ini Yang Perlu Tahu

Walaupun diskaun diberikan, pengguna masih perlu ikut prosedur biasa:

Topik Berkaitan 34 Smart Lane Diaktifkan Sepanjang Lebuh Raya PLUS Sempena Aidilfitri, Ini Senarai Lokasi Terlibat

Touch ‘n Go

  • Tetap perlu sentuh kad di lorong tol.
  • Tiada potongan atau hanya caj selepas diskaun diberikan.
  • Pastikan kad aktif bagi elak terkandas di plaza tol.

RFID

  • Masuk dan keluar melalui lorong RFID seperti biasa.
  • Diskaun akan diberikan secara automatik ke eWallet.
  • Bagi lebuh raya sistem tol tertutup (antara bandar), diskaun akan dinikmati ketika pengguna melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh ditetapkan.

Rancang Perjalanan Elak ‘Traffic Jam Mood Spoiler’

PLUS turut mengeluarkan Travel Time Advisory (TTA) bagi membantu pengguna merancang waktu perjalanan lebih teratur.

Malah, Program Rintis My-TTA melalui Aplikasi PLUS diperkenalkan untuk memudahkan orang ramai menyemak keadaan trafik termasuk paparan CCTV secara langsung.

Pengguna juga digalakkan:

  • Muat turun Aplikasi PLUS
  • Gunakan Waze atau Google Maps
  • Ikuti Twitter rasmi PLUSTrafik untuk info masa nyata

Inisiatif Prihatin Musim Perayaan

Pemberian diskaun tol ini selari dengan hasrat kerajaan dalam membantu rakyat merentasi kepelbagaian kaum dan agama menyambut perayaan dengan lebih tenang dan terancang.

Pendek kata, perjalanan balik kampung kali ini boleh jadi lebih jimat. Tapi jangan lupa rancang awal dan pandu dengan selamat. Balik kampung biar happy, bukan stress di lebuh raya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
CNYdiskaun 50%Plustol
Share12Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Insentif

Modal Seawal 12 Hari, PUNB Sedia Dana RM80 Juta Untuk PKS Bumiputera

by Phic ARMAN
July 30, 2026

Kalau ada satu perkara yang sering menjadi cabaran usahawan, mestilah soal modal. Faham perkara itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara