Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Yang Mana Ada Kulit Kering & Kusam, Wajib Cuba Teknik “Skin Flooding” Viral Ini!

by Soph Azz
December 7, 2022
Foto - Aspirasiku

Foto - Aspirasiku

Share on Facebook

Bila cuaca di Malaysia panas dan sangat lembap; Cik Murai faham sangat apa rasanya memiliki kulit wajah yang kering serta kusam.

Memandangkan wajah adalah bahagian yang paling terdedah; kadang kala terdedah tanpa sebarang perlindungan atau terlebih guna produk yang melembapkan pun boleh menjadi punca. Kesannya bukan saja naik jerawat, malah pori boleh tersumbat, kulit bersisik, meradang dan banyak lagi!

Jadi macam mana kamu nak selesaikan masalah kulit kering dan kusam tanpa rosakkan kulit wajah sedia ada? Bagi Cik Murai sendiri, kamu boleh selesaikan masalah tersebut dengan cuba teknik “Skin Flooding” yang tengah viral di TikTok.

Tak banyak beza daripada rutin kecantikan harian kita, teknik “Skin Flooding” ini adalah teknik yang sangat bagus untuk kulit yang memerlukan penghidratan yang cukup sepanjang masa!

@chooseyourglow

#skincarelayering #theordinaryskincare #affordableserum #skincaretiktok #skintok

♬ Figure It Out – Blu DeTiger

“Skin Flooding”? Apa Itu?

Skin flooding atau diterjemahkan menjadi kulit banjir adalah teknik infuses kulit dengan dos kelembapan yang sangat tinggi. Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kering dan kusam, teknik ini memastikan penyerapan produk pada tahap maksimum dan minimumkan kehilangan air.

@natalie_oneillll

Bc who doesn’t love a moist face ?#dryskintips #dryskinremedies #tipsfordryskin #dehydratedskintip #skincarehacks2022 #skincarehacksuk #skincarehacksthatactuallywork

♬ original sound – Natalie O’Neill

Formula produk yang disarankan untuk guna dalam teknik ini adalah essence dan serum kerana molekulnya lebih kecil; beri penghidratan pada tahap yang lebih dalam. Manakala formula yang tebal seperti pelembap pula digunakan untuk ‘tutup’ permukaan kulit, penghidratan yang kekal dan lama.

Rutin “Skin Flooding” Yang Betul 

Beri perhatian kerana jika kamu salah lakukan teknik skin flooding ini, kulit berkemungkinan jadi lebih teruk dan susah nak baik. Jadi cara yang betul adalah;

  • Selepas bersihkan kulit dengan pencuci wajah, pastikan kulit menjadi sedikit lembap atau berair sedikit (tak dikeringkan sepenuhnya).
  • Sembur wajah dengan face mist (kamu juga boleh sembur face mist di setiap lapisan wajah selepas pakai produk, jika perlu).
  • Kemudian pakai essence di seluruh wajah.
  • Lapisan seterusnya, sapu serum (hyaluronic acid dulu dan baru niacinamide).
  • Langkah terakhir untuk rutin pagi, pakai pelembap yang ringan seperti gel dan baru pakai sunscreen yang sesuai.
  • Manakala langkah terakhir untuk rutin malam pula, pakai krim malam atau pelembap dan tutup dengan sleeping mask.

Buat dulu seminggu dan lihat kesannya, memang puas hati!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
skin flooding tiktoktips elak kulit kusamtips kulit keringtips kulit sihat
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara