Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Isu Penangkapan Yasin Sulaiman Kerana Ganja, Pihak Keluarga Mohon Sumbangan Biaya Kos Guaman

Pihak keluarga Yasin Sulaiman turut menitipkan ucapan penghargaan atas doa dan sokongan yang diterima orang ramai.

by Naddy Joe
April 28, 2022
Share on Facebook

Umum mengetahui pada Mac 2022, penyanyi nasyid dan komposer Yasin Sulaiman didakwa di Mahkamah Petaling Jaya atas tuduhan mengusahakan ‘ladang mini’ tanaman  ganja di kediamannya di Kota Damansara. Terkini, pihak keluarga Yasin memohon sumbangan orang ramai untuk menampung kos pembelaan bagi tuduhannya di mahkamah.

Mohon Sumbangan Untuk Biaya Kos Guaman Yasin 

Menerusi hantaran di Instagram dengan kebenaran Yasin, pihak keluarganya memohon sumbangan orang ramai untuk membiayai kos guaman Yasin Sulaiman.

“Assalamualaikum, kiriman ini dihantar bagi pihak keluarga Yasin Sulaiman dengan kebenaran Yasin Sulaiman.

Untuk menampung kos pembelaan bagi tuduhan yang amat berat ini, pihak keluarga Yasin Sulaiman memohon kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan agar dapat membantu Yasin bagi mendapatkan pembelaan yang adil di mahkamah.”- Keluarga Yasin Sulaiman

Titip Ucapan Pengharagaan Buat Orang Ramai

Pihak keluarga Yasin Sulaiman turut menitipkan ucapan penghargaan atas doa dan sokongan yang diterima dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik mereka.

“Pihak keluarga Yassin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala doa dan sokongan yang diterima daripada ahli kaluarga, saudara mara, sahabat handal, peminat dan masyarakat umum.

Terima kasih. Hanya ALLAH  sahaja dapat membalas jasa baik kalian.”-Keluarga Yasin Sulaiman

View this post on Instagram

A post shared by Yasin Sulaiman (@yasinsulaiman)

Pelbagai Reaksi Netizen & Rakan Artis

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut mendoakan agar urusan Yasin dan keluarga dipermudahkan.

“InsyaAllah. Will do. Dia adalah rakan yang baik dan sangat berwawasan. Mendoakan Yasin semoga diringankan bebanannya. Yang pasti ada yang kain seperti sudah berkebun kenapa tidak didakwa.”-Nourul Depp

“Semoga sentiasa diberikan kekuatan, kesabaran serta dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.”

“Yasin ni baik..Pernah jumpa depan-depan dia tak sombong. Harap ramai yang dapat bantu dia.”

“Semoga dipermudahkan urusan saudara Yasin Sulaiman dan ahli keluarga tabah dengan dugaan ini. Berat hukuman nya. Harap-harap akta berkenaan Cannabis ini berubah seperti di USA.”

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman telah dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki mengusahakan ‘ladang mini’ tanaman ganja di kediamannya di Kota Damansara. Yasin didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya.

Error happened.
Yasin Sulaiman
https://lomp.at/w5kp6
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara