Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

YouTuber Korea Dicabul Ketika ‘Live’ Di India, Pelaku Ditahan Kemudian Dibebaskan?

by Puteri Alia
December 7, 2022
via Twitter Mhyochi

via Twitter Mhyochi

679
KONGSIAN
Share on Facebook

Tular di media sosial baru-baru ini di mana seorang YouTuber Korea yang dikenali sebagai Mhyochi melalui pengalaman yang menakutkan ketika berjalan di sekitar Mumbai, India.

Dicabul Semasa Siaran Langsung

Mhyochi atau nama sebenarnya Park Hyojeong tidak menyangka dirinya dicabul seorang lelaki selepas menegur sapa individu tersebut ketika berjalan di sekitar komuniti bandar terkenal itu semasa melakukan rakaman siaran langsung.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan di YouTube wanita ini, lelaki berkenaan bertindak mencumbu wajah YouTuber ini dan juga bertindak mengekori, menyoal nama serta meminta nombor telefonnya.

Hal tersebut mendapat perhatian ramai dan lelaki yang terlibat di tahan pihak berkuasa tempatan India.

via YouTube Mhyochi
YouTube video

Pencabul Bebas Tahanan

Namun ketika Murai meninjau ke akaun Twitter YouTuber Korea hari ini, wanita ini memuatnaik gambar berita yang memaparkan mahkamah telah melepaskan pencabul dari tahanan dengan ikat jamin. Mhyochi menulis ciapan meluahkan rasa takut untuk keluar melakukan siaran langsung.

“Takut nak keluar siaran langsung hari ni. Adakah saya akan selamat?” Ciapnya

via Twitter Mhyochi

Ciapan YouTuber ini mendapat pelbagai respon serta pandangan dari warganet terutama dikalangan penduduk India.

Ada yang memberi kata-kata semangat, ada juga yang menitip pesan kepada wanita ini untuk keluar dari India dan ada juga yang memberi saranan destinasi yang selamat untuk dikunjungi.

“Lebih baik melawat ke India Selatan. Tinggalkan bandar sekarang.”

“Inilah India. Di mana lelaki yang memerintah = penjenayah.”

“Mungkin tiba masa untuk anda kemas beg anda dan keluar dari tempat itu.” Ciap warganet

via Twitter Mhyochi

“Undang-undang kami terlalu lemah.. Mahkamah pun tak mampu buat apa..”

“Jangan risau tentang mereka. Mereka tak akan boleh datang dekat anda.”

“Jangan risau, anda akan baik-baik saja. Kami semua bersama anda.” Ciap mereka

via Twitter Mhyochi

“Hey datang melawat Nepal. Masa terbaik untuk tinggal di Nepal, kalau anda suka keamanan.”

“Bawa satu penyembur lada dan juga botol dakwat dan serbuk cili!!”

“Tidak. Anda selamat sekarang. Jadi tetamu kami, datang ke Uttarakhand.” Ciap mereka lagi

via Twitter Mhyochi

Mengembara secara solo berisiko buat kaum hawa, wanita perlu berhati-hati dalam melindungi diri dari sebarang situasi yang tidak dijangka.

B.I Bakal Gegarkan Mega Star Arena September Ini, Semak Benefit Eksklusif Yang Menanti

Apa pandangan anda tentang hal ini?

cabulindiakoreaWarga IndiayoutuberYouTuber Korea
Share272Tweet170SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem