• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

UNBOXING Galaxy Z Flip7: Rekaan Slim, Cover Screen Makin Luas, Tak Perlu Buka Pun Dah Puas!

by Phic ARMAN
July 11, 2025
Share on Facebook

Minggu ni MURAI rasa diri ni macam influencer Korea sekejap sebab dapat pegang Samsung Galaxy Z Flip7 warna Biru Menyala atau nama rasminya Blue Shadow. Bukan nak riak ya, tapi bila letak atas meja mamak pun, abang waiter yang tengah bancuh teh tarik siap berhenti kejap tengok. Haaa… kau rasa?

Warna dia ni memang lain macam, biru dia tu menyala-nyala, ni biru yang bila letak sebelah nasi kerabu pun kalah cantik dia. Rasa macam kalau bawa balik kampung, jiran-jiran sebelah terus buat mesyuarat surau nak tanya “anak siapa lah pakai telefon canggih gini?”

Tipis & Tahan, Macam Roti Canai Garing

Buka kotak je, MURAI dah terkejut. Lipat punyalah nipis, cuma 13.7mm je,  kalah lipatan roti canai dekat gerai hujung kampung. Tapi jangan ingat sebab nipis dia ni lembik ya, sebab SAMSUNG dah bagi dia badan Gorilla Glass Victus 2 dengan rangka Armor Aluminum. Orang kata, kalau terjatuh dalam lif pun, insya-Allah selamat. (Tapi janganlah sengaja buat eksperimen pula.

Paling syok, MURAI suka tengok engsel dia. Kalau orang Malaysia suka dengar bunyi klik masa tutup pintu kereta import, sama lah perasaan bila lipat Flip7 ni, engsel dia rasa padu, tak ada longgar-longgar, bunyi pun halus, macam tutup pintu peti besi bank.

Yang paling best sebenarnya bukan dalam, tapi skrin luar dia yang baru tu, dah 4.1 inci, terang macam spotlight waktu karaoke kenduri kahwin. Dengan AI macam Gemini Live dan Now Bar, semua benda boleh buat dari situ je. Reply WhatsApp mak, baca berita MURAI kat Youtube.. Netflix. Tak payah buka pun.

Samsung ‘Tawan’ Milan, Bahang Olimpik Musim Sejuk Makin Terasa

Dalam Pun Power, Laju Macam Abang Pos Laju Sebelum Raya

Bila buka penuh, skrin besar dia 6.9 inci memang padu untuk binge drama. Processor dia, Exynos 2500, dengan RAM 12GB… memang laju macam abang posmen yang nak habiskan hantar parcel sebelum cuti raya. Bateri pun besar, 4,300mAh, jadi boleh tahan lama. Tak ada lagi drama telefon mati masa tengah main Mobile Legends sambil tunggu nasi lemak siap.

Kamera? Ha, jangan main-main. Ada 50MP + 12MP, nak selfie masa kenduri bawah khemah pun tetap lawa. Nightography dia pun power, jadi kalau tengah ambil gambar rumah kampung waktu malam, taklah nampak macam cerita seram. Ini kami akan review untuk artikel seterusnya.

Harga & Warna: Level Anak Dato’ (Tapi Boleh Cuba Angkat)

Kalau biru menyala ni terlalu daring untuk jiwa anda. jangan risau, ada juga warna Jetblack, Coral-red, dan online-only warna Mint.

Harganya RM4,999 untuk unit ini 256GB. Ya… memang rasa macam kena buat tabung buluh dulu, tapi bila dah pegang tu, rasa diri macam artis yang tengah buat IG Live promote tudung. Kalau anda beli awal, banyak tawaran lebih jimat dan berbaloi untuk anda.

Galaxy Z Flip7 dan juga Fold7 dah boleh pre-order sekarang! Dari 9 hingga 31 Julai 2025. Siap ada promo macam e-voucher sampai RM390 kalau daftar minat & beli Reservation+. Kalau nak upgrade storage dari 256GB ke 512GB, Samsung bagi rebate RM600, dan kalau kebetulan pakai CIMB, boleh dapat lagi e-voucher sampai RM400 untuk Galaxy devices seterusnya. Semua ni boleh tebus online atau kat kedai rasmi Samsung.

Galaxy Z Flip7 Biru Menyala ni memang sesuai untuk rakyat Malaysia yang suka jadi perhatian kat kenduri, suka selfie kat bazar Ramadan, dan suka tunjuk telefon baru masa bayar kat kaunter Tesco.

Samsung ‘Tawan’ Milan, Bahang Olimpik Musim Sejuk Makin Terasa

Tipis, tahan, bijak, dan paling penting,  buat kita rasa macam level CEO walaupun akaun bank level “B40 tapi bergaya”. Kalau ada yang nampak MURAI tengah flip-flip kat mamak lepas ni, jangan jeles… teruslah order teh tarik, sambil tengok-tengok dulu. Nantikan review penuh dari MURAI dalam masa terdekat.

galaxysamsungSamsung Galaxy Z Flip7
https://lomp.at/p9e4y
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

LifeXplore

Bahang JAECOO J5 Makin Terasa, Tawar Pakej Early Bird RM8,888

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Dengan hanya beberapa minggu sahaja lagi sebelum pelancaran rasmi, kehadiran JAECOO J5 kini semakin menghampiri detik pentingnya. MURAI melihat OMODA...

Read moreDetails
Teknologi

Nak Tukar ‘Font’ WhatsApp? Ini Cara Nak Buat Tulisan Jadi ‘Bold’, ‘Italic’ & Banyak Lagi

by Naddy Joe
November 10, 2020

Sebut sahaja WhatsApp, boleh dikatakan setiap orang memiliki aplikasi ini dalam smartphone mereka. WhatsApp memiliki banyak feature yang menjadikan pengalaman...

Read moreDetails
Teknologi

Hati-hati! Rupanya Ini 6 Cara ‘Kotor’ Hacker Untuk Hack WhatsApp Anda

by Phic ARMAN
November 12, 2020

Hampir setiap orang di dunia ini memiliki aplikasi WhatsApp (WA) di telefon pintar mereka.  Jadi tak mustahil la, WA sering...

Read moreDetails
Teknologi

Tak Sedar Akaun WhatsApp Kena Hack? Ini Tanda-tandanya!

by Phic ARMAN
October 9, 2020

Ramai orang di Malaysia menggunakan aplikasi pesanan WhatsApp. Oleh kerana jumlah ini ramai, WhatsApp telah menjadi platform sasaran penggodam untuk...

Read moreDetails
Automotif

Wow! 5 Jenis Kereta Yang Memiliki Cukai Jalan Paling Mahal Di Malaysia

by Aphit J.
January 3, 2021

Cukai jalan ataupun road tax yang dikenakan kepada kenderaan dikira mengikut jenis kenderaan, kapasiti enjin kenderaan dan status pemilikan. Berikut...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore