Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Galaxy Z Fold7 & Flip7: Telefon Lipat Paling Nipis dan Ringan Dari Samsung Kini Dilancar

by Phic ARMAN
July 10, 2025
Share on Facebook

Samsung hari ini perkenalkan dua bintang baru dalam dunia telefon lipat, Galaxy Z Flip7 dan Galaxy Z Fold7. Dua-dua datang dengan gaya, kuasa AI, dan ciri-ciri yang buat Murai sendiri teruja masa cuba tadi.

Galaxy Z Flip7: Kecil, Comel Tapi Power

Kalau suka telefon yang comel, kompak dan muat poket tapi masih boleh buat macam-macam, Galaxy Z Flip7 memang untuk anda.

Telefon ini datang dengan FlexWindow baru yang lebih besar dan penuh dari hujung ke hujung, jadi banyak benda boleh buat tanpa buka lipatan pun. Nak selfie? Senang. Nak semak notifikasi? Lagi mudah.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Dalam badan kecilnya itu, Samsung sumbat macam-macam teknologi termasuk Galaxy AI, suara AI yang bijak, kamera tahap flagship dan sokongan DeX. Memang teman harian yang boleh diharap.

Kata TM Roh dari Samsung:

“Galaxy Z Flip7 buktikan kepintaran besar boleh datang dalam saiz kecil. Ia faham, ikut rentak kita dan bantu kita lebih bijak.”

Galaxy Z Fold7 : Lipat Besar, Kerja Pun Laju

Kalau Flip7 untuk yang suka ringkas dan bergaya, Galaxy Z Fold7 pula sesuai untuk yang suka skrin besar dan nak buat kerja sambil bergaya.

Ini adalah model Fold paling nipis dan paling ringan setakat ini. Bila lipat, nampak macam telefon biasa tapi premium. Bila buka, skrin dia luas, imersif dan sangat selesa untuk kerja, tengok drama atau gaming.

Dengan One UI 8 baru dan AI multimodal, Fold7 buat semua jadi lebih mudah dan pintar. Nak multitasking? Tiada masalah. Nak buat presentation sambil makan? Pun boleh.

Kesimpulannya, Samsung kali ini betul-betul bagi pilihan untuk semua:

  • Nak kecil dan comel? Ambil Flip7.
  • Nak besar dan produktif? Ambil Fold7.
  • Nak dua-dua? Lagi bagus.

Lepas tengok sendiri masa pelancaran tadi, Murai boleh cakap, dua-dua memang next level.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Flip7Galaxy Z Fold7samsung
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Samsung Malaysia
Teknologi

Khas Untuk Rakyat Malaysia, Rai Hari Merdeka Dengan Ganjaran & Rebat Sehingga RM2600 Dari Samsung!

by Nurul A.
July 10, 2026

Sempena Merdeka ini, Samsung Malaysia Electronics meraikan semangat kebersamaan dengan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menjadikan Samsung sebagai...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara