Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Zahnita Wilson Tak Jadi Tutup Kedai, Akui Hampir ‘Give Up’ Disebabkan ‘Burnout’

by Puteri Alia
October 21, 2025
Share on Facebook

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson, akhirnya menarik balik keputusan menutup kedai bakerinya di Seri Kembangan, Selangor, hanya beberapa jam selepas mengumumkannya di media sosial. Keputusan spontan itu dibuat selepas menerima sokongan luar biasa daripada pasukannya dan pelanggan setia yang tidak mahu melihat usaha kerasnya terkubur begitu sahaja.

Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, menjelaskan dia membuat keputusan tersebut dalam keadaan terlalu penat dan tertekan.

“Selamat pagi. Saya hanya mahu mengambil masa sebentar bagi menjelaskan keadaan susulan hantaran saya semalam. Saya jamin, kedai saya tidak akan ditutup. Saya dibantu pasukan yang akan memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Semalam mungkin saya sedang ‘burnout’. Tetapi saya tak akan menyerah,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram.

Menurut Zahnita, yang sebelum ini menjalankan perniagaan pastri dari rumah, apa yang paling dia perlukan sekarang hanyalah sedikit masa untuk mengumpul semula kekuatan dan semangat diri.

“Saya hanya perlukan sedikit masa untuk mengembalikan kekuatan dan tenaga saya. Terima kasih banyak-banyak kepada semua penyokong saya. Terima kasih juga kepada semua yang mengirimkan mesej dan kata-kata semangat,” ujarnya penuh rasa terharu.

Terdahulu, Zahnita mengejutkan ramai apabila memuat naik video mengumumkan penutupan kedainya yang baru beroperasi lima bulan. Dalam video tersebut, dia meluahkan rasa tidak mampu lagi bertahan dengan cabaran yang dihadapi termasuk tekanan menguruskan operasi harian serta hal peribadi yang turut memberi kesan terhadap emosi dan fizikalnya. Zahnita juga mengakui perjuangan membina perniagaan sendiri selepas menghadapi masalah rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah.

Zahnita yang juga ibu kepada empat anak mula berniaga di rumah melalui jenama Zahnita Humble Pie sejak akhir tahun lalu, sebagai cara untuk menyara kehidupan selepas berdepan kemelut perkahwinan dengan suaminya, Abd. Zackery Ghouse, 47. Berkat sambutan menggalakkan daripada pelanggan, dia kemudian membuka kedai pai dan pastri secara rasmi bersama kakaknya pada 1 Jun lalu.

Walaupun pernah hampir berputus asa, Zahnita kini memilih untuk bangkit semula dan meneruskan perjuangan dalam dunia perniagaan. Keputusan untuk tidak menutup kedainya menjadi simbol kekuatan seorang wanita yang enggan menyerah pada tekanan, sekali gus membuktikan semangatnya tidak mudah dipatahkan biarpun berdepan badai dalam kehidupan dan kerjaya.

Zahnita
https://lomp.at/1j939
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Mimi Lana Pilu Tonton ‘Podcast’ Puteri Balqis & Ibunya-“Maruah Seorang Wanita & Ibu Telah Dipijak-Pijak..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pelakon, Mimi Lana tampil bersuara terhadap pengalaman hitam yang terpaksa dilalui oleh ibu kepada pelakon Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd...

Read moreDetails
Lokal

Nadia Annuar ‘Sekolah’ Netizen Yang Minta Perempuan ‘High Maintenance’ Untuk Kekal ‘Single’-“Kau Ingat Kiteorang…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pengacara, Nadia Annuar menyelar komen netizen yang menyifatkan para wanita 'high maintenance' untuk kekal bujang sehingga selamanya. "Perempuan yang high...

Read moreDetails
Lokal

“Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya…”-Aisha Retno

by Naddy Joe
March 4, 2026

Penyanyi, Aisha Retno memberi respon terhadap salah seorang ahli kumpulan Floor 88, Eric Fuzi yang menitipkan pesanan kepada artis baru...

Read moreDetails
Foto - @jibreelhq (IG) / @adira.suhaimi (IG)
Lokal

Perjelas Status Perkahwinan Dengan Datuk Red, Adira Tegas Tidak Pernah Rujuk

by Nurul A.
January 20, 2026

Penyanyi Adira Suhaimi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa dia telah rujuk semula dengan bekas suami, Datuk Red seperti yang tular sebelum...

Read moreDetails
Lokal

Mimie Haris Umum Telah Bercerai-“Untuk Elak Fitnah & Salah Faham…”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Penyanyi dan pengacara, Mimie Haris memberi makluman mengenai dirinya yang telah berpisah dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md. Dahilin setelah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara