Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Siapa Sangka, Rupanya Busana Alicia Keys Ke Met Gala 2022 ‘Ciplak’ Idea Pereka Malaysia

by Zaidin Albert
May 6, 2022
Share on Facebook

Met Gala mungkin merupakan acara paling berprestij dalam industri fesyen dan namun pada tahun ini siapa sangka telah muncul isu ciplak idea pereka lain. Lebih mengejutkan, idea yang diciplak oleh pereka dari Malaysia.

Jenama terkemuka dunia Ralph Lauren telah dituduh menciplak gaun oleh pereka Malaysia, Datuk Zang Toi. Berdasarkan laporan oleh New York Post, gaun diciplak yang dimaksudkan itu dipakai oleh penyanyi Alicia Keys ke Met Gala 2022 baru-baru ini di New York City. Gaun yang direka oleh Ralph Lauren, menyerupai rekaan latar langit New York hitam putih Toi daripada koleksi Spring 2009 miliknya.

Foto VIA New York Post

“Gaun saya diilhamkan dari rumah angkat saya, New York City,”

“Saya datang ke sini 41 tahun lalu dengan $300 (RM1,312.50) untuk belajar di Parsons School of Design dan saya mahu menunjukkan rasa cinta dan penghargaan saya untuk bandar yang menemani saya – dan membenarkan saya mencapai Impian di Amerika,” kongsi Toi.

Walaupun busana dari Toi adalah daripada koleksi Spring 2009, ia kemudiannya dipakai oleh model Malaysia, Ling Tan, pada Anugerah Fesyen CFDA 2010 dan ia dipamerkan semula pada 2020.

Foto VIA New York Post

“Saya memutuskan untuk mengeluarkan busana langit New York yang ikonik, keindahan abadi tidak pernah ketinggalan zaman – untuk memberi penghormatan kepada bandar kegemaran saya pada pertunjukan fesyen ‘New York, New York’ pada tahun 2020″- tambah Toi.

Dia juga menggunakan laman Twitternya untuk menyebut Ralph Lauren mengenai persamaan gaun mereka.

Foto VIA Twitter Zang Toi

“Ironinya, saya membuka ‘F2020 Runway Show’ saya dengan ‘Empire State of Mind’ Alicia Key yang hebat. Pasukan Ralph Lauren memberi perhatian yang sangat, sangat teliti,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis Ralph Lauren masih belum mengulas mengenai perkara itu.

Alicia KeyAlicia KeysZang Toi
https://lomp.at/xm6vs
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @revista_velvet (IG)
Hollywood

Pakar Sebut Keadaan Brooklyn Beckham Adalah Normal, Bukan Salah Ibu Bapa

by Nurul A.
January 29, 2026

Tak dinafikan, ramai yang terkejut dengan luahan anak sulung pasangan David Beckham dan Victoria Beckham, iaitu Brooklyn Beckham baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
Fesyen

[VIDEO] Syed Saddiq Bercakap Pasal Isu Kad Jemputan Kahwin & Persiapan Raya

by Phic ARMAN
January 29, 2026

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan Syed Saddiq dipercayai menyerahkan kad jemputan, dan terus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen tentang...

Read moreDetails
Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara